Skip to main content

Sekatan Jalan di Empangan Murum

2012

Sekatan Jalan di Empangan Murum

Projek Empangan Murum yang hampir siap dibina tidak menawarkan pampasan dan penempatan semula yang memuaskan. Lantas penduduk tempatan membina sekatan jalan pada September 2012, untuk tempoh lima minggu. Pada 26 September, 200 orang penduduk kaum Penan dan Kenyah membina sekatan di jalan besar Empangan Murum.

Pada 27 Ogos 2013, kira-kira 100 orang Penan mengadakan sekatan jalan kedua untuk menentang projek empangan mega Murum. Pada 4 September, kerajaan negeri dan SEB mengundang pemimpin Penan di kawasan Murum untuk berunding. Sekatan jalan dihentikan sementara. Kemudiannya, penduduk Long Wat yang kekurangan sumber menerima syarat rundingan, bersetuju untuk berpindah ke Tegulang.

Pada 19 September, orang Penan meneruskan sekatan jalan di tapak empangan mega Murum. Pada 21 September, beberapa orang penduduk Long Wat mendapati rumah panjang telah dibakar, sampan juga ditenggelamkan ketika pulang untuk mengambil barangan. Lantaran proses pemindahan yang tergesa-gesa, ramai penduduk tidak sempat membawa bersama harta barangan dan binatang ternakan mereka. Pada hari yang sama, Empangan Murum ditutup tiba-tiba untuk menyekat air.

Pada 22 Oktober, kira-kira 300 orang Penan membuat sekatan di jalan menuju Empangan Murum, memohon agar kerajaan menerima 7 tuntutan mereka, iaitu memperuntukkan tanah seluas 25 hektar kepada orang Penan, menyediakan ruang kediaman yang memadai di lokasi yang sesuai, menyediakan bekalan air dan elektrik yang percuma, pampasan RM50 untuk setiap unit rumah, pampasan yang wajar untuk tumbuhan yang dimusnahkan, dana bantuan RM1000 setiap bulan, peruntukan 10% daripada keuntungan projek Empangan Murum untuk orang Penan.

Keratan Akhbar