APRIL 2012
Himpunan BERSIH 3.0
Pada April 2012, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membentangkan laporannya. Daripada 8 tuntutan BERSIH, hanya 1 daripadanya diterima; daripada 10 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas kepada SPR, hanya dua diterima sepenuhnya. Untuk mendesak reformasi pilihan raya, BERSIH melancarkan kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”, dan menganjurkan himpunan sekali lagi.
Pada tahun yang sama, pertubuhan yang menolak Lynas di Kuantan, iaitu Himpunan Hijau juga mengadakan perhimpunan pada hari yang sama, untuk membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, dan menuntut agar kerajaan menghentikan operasi kilang Lynas. Gabungan kedua-duanya menjadikan himpunan ini bertemakan warna Hijau-Kuning (warna BERSIH).
Penembakan gas pemedih mata mencetuskan pertembungan sengit antara polis dengan peserta himpunan. Kereta polis dikepung, wartawan media dibelasah, dan terdapat juga anggota polis yang tercedera. KDN mengesahkan bahawa sejumlah 967 butiran gas pemedih mata ditembak pada hari tersebut.





