Skip to main content

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

27 JULAI 1955
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan raya umum Tanah Melayu diadakan sebelum kemerdekaan, dan 52 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan terpilih. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah menang dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat di Malaya jajahan British. Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu.