Skip to main content

Suruhanjaya Cobbold menjalankan pungutan suara

1962
Suruhanjaya Cobbold menjalankan pungutan suara
Pada Mei 1961, Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan “Gagasan Malaysia”, yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei yang bebas dari penjajahan British, untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat. Pada awal tahun 1962, satu suruhanjaya yang dipengerusi Lord Cobbold, dianggotai dua orang wakil kerajaan British dan dua orang wakil kerajaan Malaya telah dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk memungut suara rakyat tempatan terhadap cadangan penggabungan.
Dari 19 Februari hingga 18 April, suruhanjaya ini melawat 35 kawasan, mengadakan 50 perjumpaan yang melibatkan 4000 orang wakil rakyat dan mengumpul kira-kira 2100 memorandum daripada unit kerajaan tempatan dan pertubuhan masyarakat. Laporan tinjauan Suruhanjaya Cobbold mendapati kira-kira 80% penduduk Sarawak dan Sabah bersetuju dengan rancangan penggabungan ini, dengan syarat menandatangani perjanjian untuk menjamin hak kedua-dua wilayah ini dalam persekutuan, dengan 20 perkara untuk Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak. Antaranya, nisbah perwakilan dua wilayah dalam parlimen harus lebih tinggi daripada mana-mana negeri di Malaya, pada masa yang sama, kuasa imigresen terpelihara, dan kebebasan agama, bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi terjamin. Pada 9 Julai 1963, Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia. Brunei menolak kemasukan ke dalam Malaysia.
Maklumat lanjut