Skip to main content

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)

1966
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)
Akta ini berasal daripada Societies Ordinance yang digunakan oleh kerajaan penjajah British untuk menangani masalah kongsi gelap. Setelah terbentuknya Malaysia, Akta Pertubuhan digubal untuk mengawal dan mengurus tadbir pertubuhan serta organisasi. Syarat penubuhan dan aktiviti organisasi bukan kerajaan dikawal dengan Societies Regulation 1984. Kementerian Dalam Negeri mendaftar, memperbaharui, membubarkan sesebuah pertubuhan, juga mengambil tindakan ke atas sebarang salah laku berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan di atas.