1984
Dasar Penswastaan Negara Kerajaan Persekutuan
Daim Zainuddin mempercepatkan pelaksanaan dasar penswastaan negara ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1984. Pada tahun seterusnya, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan Garis Panduan Penswastaan (Guidelines for Privatisation), satu dokumen rasmi penting berkenaan dasar penswastaan. Pada tahun 1991, kerajaan menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP), dimasukkan ke dalam Pelan Induk Pembangunan Ekonomi pada tahun yang sama — dasar pembangunan negara dan Wawasan 2020.
Pandangan umum menganggap penswastaan gagal menyelesaikan masalah pengurusan dan kerugian yang ditanggung institusi kerajaan, pada masa yang sama mencetuskan masalah sara hidup yang lain. Penswastaan melibatkan monopoli dalam sektor awam atau pembinaan infrastruktur, pasukan pengurus pula biasanya adalah lantikan politik, menampakkan sikap yang kurang positif. Seandainya berlaku penyelewengan, maka kerajaan akan campur tangan untuk menghentikan kerugian. Dengan kata lain, dana rakyat digunakan untuk menanggung kerugian, misalnya pengendalian konsesi PLUS yang sering dipertikaikan.
Nota tambahan: Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dibina sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, untuk memendekkan jarak antara utara dengan selatan. Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan telah menjana pembangunan pengangkutan, malah mengubah laluan pengangkutan di Semenanjung. Secara tidak langsung, ia juga menjurus kepada peminggiran dan kemerosotan komuniti lama yang berkembang lantaran aktiviti perlombongan sebelum ini.





