Malaysia

Komuniti:

Ruang Awam Yang Menerokai Kuasa Akar Umbi

Kepelbagaian budaya dan etnik Malaysia telah membentuk rangkaian gerakan masyarakat yang saling berkaitan secara menegak dan mendatar.
Dari zaman penjajahan hingga kemerdekaan, penjajah akan menerapkan polisi pecah dan perintah.Akan tetapi intelektual dan masyarakat akar umbi akan selalu berkumpul dan bertindak secara spontan pada saat genting.

Di Semenanjung Malaysia, kapitalisme berkembang di bawah naungan politik. Bangunan dan tapak warisan budaya bersejarah yang amat bermakna untuk setiap etnik, terpaksa memberi laluan kepada projek baru yang dibangunkan atas nama kepentingan awam. Malah, komuniti pekan yang bersejarah juga tidak terlepas dari ancaman gentrifikasi. Aktivis, seniman dan siswa-siswi dari pelbagai etnik telah bertahun-tahun melibatkan diri dalam gerakan mempertahankan budaya komuniti dan alam persekitaran. Begitu juga dengan hutan tropika yang meliputi Sabah dan Sarawak di Malaysia Timur. Hutan tropika yang sarat dengan spesis-spesis dan pokok-pokok bernilai ini, telah dijadikan lubuk oleh taikun untuk mengerah kekayaan. Hutan digondolkan, kemudian ditanam dengan kelapa sawit. Malah, projek empangan mega telah menjadi igauan yang menghantui orang asal. Orang asal berdepan dengan godaan dan penindasan dari taikun hingga ke pemandu lori pengangkutan balak. Orang asal memperlihatkan kekentalan semangat akar umbi ketika berhadapan dengan jentolak bergelar modenisasi. Di samping perjuangan besar-besaran yang dilancarkan dengan bantuan NGO, kaum Penan mendirikan sekatan jalan untuk menghalang kemaraan aktiviti pembalakan yang bakal disusuli dengan pembinaan empangan, hanya dengan seutas tali dan roh yang mengisi sosok tubuh mereka. Tindakan mereka telah menjadi lambang semangat perjuangan komuniti.

台灣 Taiwan

一個從自我到社會價值的思索與行動過程

Dari “Aku” ke “Masyarakat” –
Suatu proses pemikiran dan pergerakan berdasarkan nilai

社造究竟是個什麼樣的東西?我想我們不必期待一個簡單的標準答案,而是要回到我們所處的社會與生活狀態中,它既是個人選擇,同時也是社會發展的一種路徑,所以終究要處理的,是我們與這個社會的關係究竟是什麼?

Apakah sebenarnya pembinaan komuniti? Ia semestinya bukan jawapan yang mudah kerana perlu direnung kembali masyarakat dan keadaan hidup itu sendiri. Ia pilihan individu dan juga satu cara pembangunan masyarakat. Pada dasarnya, yang perlu difikirkan ialah apakah hubungan antara kita dan masyarakat itu sendiri?

華人社會的文化古老且底蘊深厚,但不是用「博大精深」四個字來感覺良好,與它相孕相生的,是封建政治經濟體制、僵固的禮教規訓,以及家父長制的權力結構,進入現代主義後,這個古老的文化體附加了許多現代化的工具性思維,發展、進步、規劃、建設,但現代主義的核心「理性思辨」並未真正內化成為文化中的一個基因,以至於我們始終在開發與保存、建設與環境、規劃及參與、進步與傳統間掙扎,古老文化的遺緒依然無所不在,只是換了個現代化的面貌。更不用提後現代了,先進入真正的現代才能再談後現代。

Sekitar 1990, Taiwan berada di puncak kegentingan dan mengalami perubahan mendadak dari segi politik dan ekonomi seterusnya membawa pembaharuan sistem demokrasi sepanjang tempoh 1990-an. Tetapi, migrasi orang Han dan pemindahan politik parti dan negara di Taiwan yang membawa budaya feudalisme konservatif serta penghapusan ruang partisipasi dan perdebatan awam lantaran pemerintahan autokrasi zaman darurat sepanjang 40 tahun telah menimbulkan pelbagai cabaran. Pembangunan pesat ekonomi moden dan perkembangan proses demokrasi menjadikan sistem budaya lama yang terpendam dan nilai masyarakat kini yang terbentuk merupakan antara cabaran yang perlu ditangani.