Skip to main content

Banjir di Cameron Highlands

2013
Banjir di Cameron Highlands

Cameron Highlands yang lebih 1000 meter dari aras laut telah dilanda banjir besar beberapa kali sejak tahun 2013. Menurut media, banjir besar berlaku di Cameron Highlands lantaran aktiviti pembalakan haram yang berleluasa sejak beberapa bulan lalu. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada ketika itu, G.Palanivel berpandangan bahawa tiada kaitan langsung antara banjir besar dengan pembalakan, sebaliknya menganggap banjir itu berlaku kerana bencana alam semulajadi.

Pada 23 Oktober 2013, banjir berlaku apabila empangan di Ringlet melepaskan air secara tiba-tiba, berakhir dengan tragedi 4 maut. Penduduk Cameron Highlands kemudian menuntut pampasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa TNB harus bertanggungjawab ke atas kecuaiannya. Empangan ini siap dibina pada tahun 1963, namun hanya memasang alat pengukuran aliran air selepas setahun setelah kejadian tersebut berlaku.