Skip to main content

Himpunan BERSIH 4

2015

Himpunan BERSIH 4

Media dalam dan luar negara memberi liputan kepada skandal 1MDB setelah Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan bahawa RM2.6 bilion telah disalurkan dari 1MDB kepada akaun peribadi Najib Razak. Najib mengugut untuk menyaman WSJ kemudiannya, dan mengharamkan Sarawak Report yang menyusuli perkembangan 1MDB dalam laporannya. Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawai tinggi utama yang berbeza pandangan dengan PM dilucutkan jawatan. Tindakan Najib Razak telah menghakis krebiliti institusi kehakiman dan mencalar imej negara. Pada April 2015, kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6%, sebagaimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2014. Inflasi berlaku selepas GST dilaksanakan, lantas menimbulkan ketidakpuasan rakyat.

Sekali lagi BERSIH mengerah masyarakat massa untuk turun ke jalan raya, dengan demonstrasi selama 34 jam di ambang hari kemerdekaan (31 Ogos), dengan tuntutan seperti Tolak Rasuah, Pulihkan Semak-Imbang, Selamatkan Ekonomi Negara dan lain-lain, malah mendesak agar Najib Razak meletakkan jawatan.

Ini himpunan BERSIH pertama yang tidak disuraikan polis dengan gas pemedih mata dan meriam air. Berbeza dengan situasi tiga himpunan sebelumnya, peserta demonstrasi Himpunan BERSIH 4 melebihi 100 ribu orang. Setelah himpunan ini bersurai, muncul perbincangan dan perdebatan dalam masyarakat sivil tentang suasana himpunan yang bersifat “karnival”.

Artikel