Skip to main content

Peristiwa 13 Mei

13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei
Sehari selepas hari pengundian, huru-hara tercetus di ibu negara, Kuala Lumpur, antara penyokong parti pemerintah dengan penyokong parti pembangkang.
Yang Dipertuan Agong mengumumkan darurat pada 15 Mei, menangguhkan sementara pilihan raya di Malaysia Timur. Institusi kerajaan gagal beroperasi selama dua tahun. MAGERAN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak berfungsi untuk menggantikan kerajaan; Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan peletakan jawatan pada tahun 1970, menamatkan tempoh hayatnya sebagai perdana menteri selama 15 tahun.