Skip to main content

Rancangan penempatan semula tanah Sarawak

1964 - 1974
Rancangan penempatan semula tanah Sarawak
Dari tahun 1964 hingga 1974, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) membersihkan dan menerokai tanah baru dengan Rancangan Penempatan Semula Tanah, mengikut pendekatan pelan induk FELDA. Orang kaum asal ditempatkan semula, dan ditugaskan untuk menanam tanaman yang memiliki nilai ekonomi. Berbeza dengan rancangan FELDA yang memperuntukkan tanah kerajaan kepada mereka yang tidak memiliki tanah, peserta rancangan ini ditempatkan di komuniti tanah hak adat.
Hutang pinjaman pekebun dilunaskan dengan sebahagian daripada pendapatan mereka. Namun, pendapatan mereka terjejas dengan jatuh naik harga bahan mentah di peringkat antarabangsa, mengakibatkan kebanyakan mereka gagal melunaskan hutang. Di samping itu, lantaran daripada kekurangan tenaga kerja dan kepakaran, rancangan ini digugurkan kerana masalah pengurusan.