2010年 10月
巴貢水壩乾旱
Kemarau Empangan Bakun
2010年 10月
巴貢水壩乾旱
Kemarau Empangan Bakun
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Projek Empangan Bakun pertama, berjudul Detailed Environment Impact Assessment for Reservoir Preparation diumumkan, dan dipamerkan kepada orang awam untuk tempoh sebulan di pejabat Lembaga Sumber Asli, Alam Sekitar di Kapit dan Belaga, dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Kuching. Laporan setebal 318 muka surat ini disediakan senaskah sahaja di setiap lokasi pameran, malah orang awam tidak dibenarkan untuk fotostat kandungannya. Jelas, projek Empangan Bakun ini dijalankan tanpa suara rakyat yang kukuh.
Empangan Bakun berdepan dengan kemarau setelah memulakan proses penakungan air pada Oktober 2010. Bahagian hilirnya, Pelagus Rapid kekurangan air, sehingga satu-satunya saluran pengangkutan tempatan diputuskan, mengakibatkan sekolah dan komuniti tempatan seolah-olah “diasingkan”.