Malaysia

Konteks gerakan komuniti di Malaysia saling berkaitan. Di Asia pula, kepelbagaian budaya dan komuniti merupakan suatu kebiasaan. Bermula dengan penjajahan, Perang Dunia Ke-2 sehinggalah pencapaian kemerdekaan, perpaduan dan pergerakan tidak pernah hilang manakala pengekalan budaya komuniti dan gerakan perlindungan alam sekitar juga tak pernah lekang. Perpaduan yang sama bukan sahaja jelas diamati di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan Sarawak juga di mana Orang Asal menggunakan hanya utasan tali dan badan mereka sendiri menghalang gerombolan kapitalis perompak sumber hutan, mempertahankan komuniti dan keluarga mereka.

Kebanyakan kegiatan komuniti bermula dari bawah di mana konteks pembangunan dan kesedarannya tidak lekang dari pelaksanaan ideologi dan polisi ekonomi oleh institusi negara. Garis masa bukan sahaja menampakkan organisasi komuniti dan pelaksanaan rancangan, ia juga menunjukkan dasar-dasar negara dan ideologi masyarakat. Kegiatan komuniti seakan nadi masyarakat dan negara; tatkala fenomena ketidakseimbangan mula bergolak menjadi polisi negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Negara, setiap generasi akan terasa tempias pengaruhnya.

Kerja lapangan dan penelusuran susur galur komuniti bukan sahaja untuk garis masa semata-mata, malah ia bertujuan sebagai analisa dan pemulaan wacana. Garis masa dapat membawa penerokaan dari sudut yang rencam serta memberikan pemahaman terhadap kerja komuniti dan hubungan antara perkembangannya dengan sejarah negara. Ini membolehkannya dijadikan sebagai rujukan aktivis komuniti dalam memenuhi kebaikan rakyat dan masyarakat serta pemikiran dan perancangan masa hadapan.

1999-2008

Kebangkitan Marhaen, Pemberontakan Rakyat

Selepas kemelesetan ekonomi, gerakan Reformasi dan pertukaran kuasa politik, golongan pemerintah baru yang relatifnya kurang menggunakan kuasa politiknya telah membuka ruang untuk perkembangan demokrasi. Penggunaan internet yang semakin meningkat juga telah membolehkan media mandiri menamatkan monopoli maklumat melalui media massa dan menggalakkan pembangunan pelbagai pertubuhan sivil. Pembangunan pesat dituruti dengan permintaan penggunaan tanah yang mendadak. Rampasan tanah semakin banyak berlaku dan semakin banyak penempatan dan komuniti lama telah dimusnahkan. Perubahan yang berlaku telah mendorong kemunculan ramai ahli politik dan pemimpin rakyat yang aktif mempertahankan pemuliharaan sejarah komuniti dan kepelbagaian budaya.

1999

Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED)

1999
Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (Arts-ED)

Bertapak di Pulau Piang, sebagai badan tidak berorientasikan keuntungan (Non-Profit Organization, NPO) yang mempromosi pendidikan seni dan budaya di komuniti desa dan bandar raya. Tumpuan diberikan kepada warisan, seni dan budaya; menggalakkan pembelajaran dari isu yang berlaku dalam realiti dengan pendekatan yang kreatif.

Arts-ED mempromosi pendidikan seni, dari sekolah ke jalanan. Pada tahun 2012, mereka mengetengahkan pendekatan “Bringing back the streets to the children”, cuba mengembalikan hak kanak-kanak untuk bermain di jalanan. Kanak-kanak dibawa untuk berinteraksi dengan komuniti di jalan dan lorong tapak warisan sejarah, agar ruang awam untuk kanak-kanak diterokai. Mereka dibimbing untuk menilai tradisi dengan perspektif baru, agar lebih kreatif untuk berkarya.

1999

Malaysiakini

29 NOVEMBER 1999

Malaysiakini

Ditubuhkan Steven Gan, portal media pertama yang tersusun (memenuhi syarat sebagai media), pada masa yang sama juga perintis kepada portal internet bahasa Cina. Kini memiliki edisi bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil. Di samping itu, Malaysiakini memiliki saluran “KiniTV”, untuk penerbitan video berita.

1999

SOS Pulau Pinang

31 DISEMBER 1999
SOS Pulau Pinang

Ditubuhkan dan diketuai Ong Boon Keong, mengadakan malam vigil SOS pada 31 Disember 1999 untuk menolak pemansuhan Akta Kawalan Sewa. Setelah Akta Kawalan Sewa dimansuhkan secara rasmi, SOS menawarkan bantuan perundangan dan media kepada penyewa yang terkesan.

1999

Malam vigil SOS di Lebuh Noordin

31 DISEMBER 1999

Malam vigil SOS di Lebuh Noordin

 

Parlimen meluluskan pemansuhan Akta Kawalan Sewa. Lantaran tempoh peralihan yang terlalu singkat, ramai penyewa tidak sempat menyesuaikan diri, lantas dipaksa untuk berpindah. Maka berlakunya fenomena di mana ramai penduduk berpindah dari komuniti asal.

2000

Parlimen meluluskan pemansuhan Akta Kawalan Sewa 1966, berkuatkuasa pada 1 Januari 2000.

2000

Parlimen meluluskan pemansuhan Akta Kawalan Sewa 1966, berkuatkuasa pada 1 Januari 2000.

2000

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan rancangan Setinggan Sifar Negeri Selangor 2000

2000

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan rancangan Setinggan Sifar Negeri Selangor 2000

Kerajaan Malaysia melaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970-an, menggalakkan kaum Melayu berpindah dari desa ke bandar untuk pembangunan, agar taburan populasi etnik di kampung dan bandar diseimbangkan. Penduduk Melayu yang berasal dari kampung gagal menampung sewa rumah yang tinggi di bandar, jadi mereka menghuni di pinggiran bandar, dengan rumah kayu yang digelar rumah setinggan. Selepas 1990-an, ramai pemilik penempatan setinggan ini berpindah ke kawasan kediaman kerana taraf ekonomi mereka dipertingkatkan. Penempatan setinggan ini pula diisi pendatang asing yang memasuki bandar, lantas mengubah lanskap dan taburan etnik asal kawasan setinggan.

Menurut Seksyen 56, Kanun Tanah Negara 1965, tiada sesiapa dibenarkan memiliki tanah, kecuali memohon mengikut prosedur rasmi. Dasar Malaysia mentafsirkan penempatan setinggan sebagai “memiliki tanah secara tidak sah”, penceroboh tanah yang melanggar undang-undang dan .

Rancangan lima tahun Setinggan Sifar diketengahkan pada tahun 2000, menyasarkan matlamat agar semua rakyat Selangor memiliki rumah yang sah dari segi undang-undang pada tahun 2005. Dengan matlamat “Satu Keluarga Satu Rumah”, kebajikan penduduk disediakan. Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan merancang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, dijual atau disewakan kepada peneroka bandar atau penduduk yang tinggal di penempatan setinggan sebelum ini.

2000

Pusat Warisan Kajang (Kajang Heritage Centre)

2000
Pusat Warisan Kajang (Kajang Heritage Centre)

Ditubuhkan Federation of Chinese Associations pada tahun 2000, dengan tujuan untuk mempromosi sejarah dan warisan tempatan, agar penduduk melibatkan diri dalam pembangunan komuniti.

2000

Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2000

2000

Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2000

Kerajaan membuat pemindaan yang menyeluruh dalam Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2000. Antaranya, termasuk definisi “hak bumiputera” (native rights) yang tidak wujud dalam penggubalan sebelum ini. Dalam aspek penentuan pampasan pengambilalihan tanah dan penamatan hak, pindaan ini menyeragamkan prosedur berkenaan tanah hak adat orang asal dengan kategori tanah yang lain, lantas mempercepatkan pendaftaran tanah hak adat Sarawak untuk kegunaan korporat usahasama. Pindaan ini juga menetapkan penyediaan kaunter pendaftaran hak bumiputera.

2000

Aktivis Bruno Manser dilaporkan hilang

2000

Aktivis Bruno Manser dilaporkan hilang

 

Aktivis alam sekitar dari Switzerland ini telah disenarai-hitamkan, iaitu dihalang daripada memasuki sempadan Sarawak pada tahun 1991, setelah beliau mengkritik kerajaan Sarawak kerana menceroboh hutan dan mencabul hak asasi orang asal. Pada tahun 2000, Bruno Manser didapati hilang setelah memasuki Sarawak melalui Kalimantan, Indonesia. Rakannya mengesyaki beliau dibunuh golongan berkepentingan yang menjalankan pembalakan secara berleluasa.

Artikel
2000

“Penutupan” Perkuburan Kwong Tong

8 JULAI 2000

“Penutupan” Perkuburan Kwong Tong

 

Perkuburan Kwong Tong dibina pada tahun 1895, mewarisi dan menyaksikan jejak langkah nenek moyang keturunan Cina di Kuala Lumpur. Lokasinya berpotensi untuk dibangunkan kerana bertapak di kawasan bandar Kuala Lumpur. Empat kali kerajaan merancang untuk mengambil alih kawasan perkuburan itu untuk kegunaan pembangunan jalan raya sejak tahun 1982.

Pihak pengurusan perkuburan Kwong Tong Kuala Lumpur membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan mengambil alih perkuburan Kwong Tong untuk kegunaan komersial. Pada 8 Julai 2000, 6 pertubuhan yang mengasaskan perkuburan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mempertahankan autonomi Perkuburan Kwong Tong Kuala Lumpur. Pada 19 Julai 2000, kerajaan akhirnya akur kepada suara rakyat, dan mengambil keputusan agar perkuburan Kwong Tong tidak dipindahkan.

Artikel
2000

Majalah politik bulanan, Perspektif Pedas diterbitkan

2000

Majalah politik bulanan, Perspektif Pedas diterbitkan

Dalam suasana politik yang menekan, di mana kebebasan bersuara dan maklumat disekat, aktivis gerakan siswa dari Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia yang tamat pengajian mereka, antaranya, Choong Pai Chee, Yong Kai Ping, Chuah Seong Khoon dan rakan seperjuangan mereka, telah mengasaskan majalah politik bulanan berjudul Perspektif Pedas, dengan tujuan agar rakyat disalurkan maklumat yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada peringkat awal, enam jilid pertama majalah ini diterbitkan dengan nama yang berbeza di bawah siri “Cili”. Setelah mendapat permit daripada Kementerian Dalam Negeri pada Oktober 2000, majalah ini diterbitkan atas nama Perspektif Pedas secara rasmi, dengan kelarisan kira-kira 4000 naskah untuk setiap jilid. Sejumlah 34 jilid diterbitkan sebelum majalah ini ditamatkan pada tahun 2004.

Dalam satu tulisan berjudul “Mahathir: Penamat MCA”, Perspektif Pedas melaporkan bahawa Mahathir berada di sebalik tabir untuk memanipulasi pergelutan kuasa dalaman MCA. Perspektif Pedas menerima amaran daripada KDN lantaran tulisan tersebut.

2001

Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005)

2001

Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005)

Maklumat Lanjut
2001

Projek Empangan Bakun disambung semula

2001

Projek Empangan Bakun disambung semula

 

Maklumat Lanjut
2001

Perjuangan Mempertahankan SJKC Chung Hwa Damansara

2001

Perjuangan Mempertahankan SJKC Chung Hwa Damansara

 

SJKC Chung Hwa Damansara diasaskan pada tahun 1930, terletak di Jalan Damansara, Petaling Jaya. Kerajaan melaksanakan perintah darurat pada tahun 1950, dengan penduduk di Jalan Damansara ditempatkan di Kampung Baru Damansara. Begitu juga dengan SJKC Chung Hwa Damansara, yang ditempatkan dalam Kampung Baru Damansara. Pada tahun 1990-an, SJKC Chung Hwa Damansara telah berkembang menjadi sebuah sekolah yang besar, dengan jumlah pelajar melebihi 1400 orang. Kebanyakan pelajarnya berasal dari kawasan kediaman di luar Kampung Baru Damansara, kerana komuniti di luar kampung baru kekurangan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.

Sungguhpun anggota Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terdiri daripada orang luar kampung, namun penduduk kampung ialah penaja sekolah dan juga ibu bapa pelajar sejak dahulu lagi. Menjelang PRU10 pada tahun 1999, LPS SJKC Chung Hwa Damansara memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar sekolah dipindahkan, dan ditutup sekolah asal, atas alasan yang tidak munasabah, seperti keselamatan pengangkutan, pencemaran udara dan bunyi. Pada Jun 2000, penduduk kampung dan sesetengah ibu bapa dimaklumkan bahawa sekolah tersebut akan dipindahkan, dan bangunan asal sekolah akan ditutup.

Pada 12 Januari 2001, ketika persekolahan dibuka, bangunan asal SJKC Chung Hwa Damansara diambil alih polis, dengan bekalan air dan elektrik dipotong. Pelajar tidak dibenarkan masuk. Jawatankuasa Mempertahankan Sekolah Asal dan Memperjuangkan Sekolah Cawangan (kedua) ditubuhkan kemudian. Pelajar diatur untuk belajar di Tokong Yeong Leong yang terletak bersebelahan. Perjuangan ini berlanjutan selama 2926 hari, dan akhirnya sekolah dibenarkan untuk dibuka semula pada 5 Januari 2009. Gerakan ini memahat sejarah dalam gerakan sosial komuniti di negara kita.

Artikel
2001

Perubahan Lanskap Media Cetak Bahasa Cina pada 28 Mei 2001

2001

Perubahan Lanskap Media Cetak Bahasa Cina pada 28 Mei 2001

Huaren Holdings Bhd yang dimiliki MCA telah mengambil alih kumpulan media cetak bahasa Cina terbesar di Malaysia, Nanyang Press Holdings. Nanyang Siang Pau di bawah Nanyang Press Holdings diasaskan oleh tokoh pendidik, Tan Kah Kee, dan memiliki sejarah 80 tahun. Pada masa yang sama, Nanyang Press Holdings juga memiliki China Press, akhbar bahasa Cina kedua terlaris di Malaysia, bersama akhbar dan majalah yang lain.

Lebih 90 orang penulis, penganalisis politik berhenti menulis untuk akhbar bahasa Cina di bawah Kumpulan Media Sin Chew dan Nanyang Press Holdings, sebagai protes terhadap persekongkolan politikus dan kapitalis untuk mengambil alih sebuah media yang asalnya diusahakan rakyat.

Pada tahun 2007, Tiong Hiew King dari Kumpulan Media Sin Chew, membeli saham Nanyang Press Holdings daripada MCA, lantas memiliki dan mengawal empat akhbar bahasa Cina arus perdana di Malaysia, iaitu Nanyang Siang Pau, China Press, Sin Chew Daily dan Guang Ming Daily.

2001

Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)

8 JUN 2001

Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)

NGO yang mempertahankan kebebasan media, dengan nama penuh Writers’ Alliance for Media Independence. Ditubuhkan pada 8 Jun 2001, dan kini jawatan pengerusinya disandang Wong Chin Huat.

2002

Perak Heritage Society

2002
Perak Heritage Society

NGO yang bertapak di Ipoh. Ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam, warisan budaya dan masyarakat.

2002

Urbanify

2002
Urbanify

Tukang memperbaiki komuniti. Meningkatkan kesedaran sivik melalui pembaikan kemudahan komuniti dengan pendekatan yang kreatif.

Laman Web
2002

The Kajang Observer

2002
The Kajang Observer

Akhbar komuniti yang diterbitkan siswa-siswi dari Department of Media Studies, Kolej Universiti Era Baru. Kursus pendidikan ini berteraskan jiwa yang kritis, dengan aksi yang berasaskan keprihatinan dan kecaknaan terhadap masyarakat.

Laman Web
2002

Ching Lotus Humanist Space

2002
Ching Lotus Humanist Space

Ching Lotus Humanist Space diasaskan oleh arkitek Tan Yeow Wooi, Choo Chee Keong dan lain-lain untuk menyedarkan penduduk tentang jalinan budaya mereka dengan tanah dan bangunan, melalui aktiviti kebudayaan komuniti di tempatan.

Sebelum ini, pengasas pernah menyewa bangunan lama sebagai ruangan aktiviti, dengan gelaran “50 Humanist Space”. Bermula dengan tayangan slaid, disusuli dengan forum untuk mengisahkan Tokong Thean Kong Thnuah, Leong San Tong Khoo Kongsi dan sebagainya, mereka mencungkil keprihatinan penduduk tempatan terhadap bangunan dan komuniti.

2002

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

2002
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

NGO yang memperjuangkan hak golongan rakyat tertindas di peringkat nasional. Prihatin terhadap isu sama ada nasib kelas ekonomi menengah rendah, seperti petani, pekerja kilang dan pekerja ladang terbela di bawah sistem dan undang-undang. Menganjurkan kempen “Rakyat Pengayuh Perubahan” pada Disember 2008, dengan tuntutan untuk melindungi hak pekerja, menggubal akta gaji minima; memansuhkan undang-undang drakonian seperti ISA, OSA dan AUKU dan sebagainya; mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan; menamatkan penswastaan kemudahan asas seperti bekalan air, pendidikan dan sebagainya.

Laman Web
2002

Mahkamah Tinggi memutuskan penduduk rumah panjang Iban memiliki hak tanah adat

2002

Mahkamah Tinggi memutuskan penduduk rumah panjang Iban memiliki hak tanah adat

Maklumat Lanjut
2003

Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri ke-5 pada tahun 2003

2003
Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri ke-5 pada tahun 2003

Mahathir Mohamad berundur, tampuk kuasa diambil alih oleh Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober 2003. Abdullah menampilkan imejnya sebagai perdana menteri dari rakyat jelata.

2004

Lostgens’ contemporary Art space

2004
Lostgens’ contemporary Art space

Sekumpulan seniman muda telah menubuhkan Lostgens di Kuala Lumpur pada tahun 2004, sebagai wadah dialog untuk seni budaya. Tumpuan diberikan kepada seni kontemporari, isu sosial, tinjauan lapangan, penglibatan komuniti, di samping kerjasama komuniti melangkaui batas etnik.

Laman Web
2004

Malaysia Today

2004

Malaysia Today

Diasaskan Raja Petra Kamarudin (RPK) pada 13 Ogos 2004. RPK ialah editor Malaysia Today, terkenal dengan kritikan tajamnya terhadap pemimpin negara dan keberaniannya melontarkan pandangan pada peringkat awal portal ini ditubuhkan.

2005

Merdeka Review

2005

Merdeka Review

Persiapan untuk penubuhan MerdekaReview telah bermula pada Jun 2005, sebelum portal media ini diakses pada 10 Ogos 2005. MerdekaReview telah beroperasi sehingga tahun 2012.

Pengasasnya Ngeow Yin Ngee, berharap agar penubuhan media alternatif ini membuka saluran baru untuk mendedahkan isu yang cuba dielakkan akhbar bahasa Cina. Dengan ini, naratif dan hujah yang berbeza diketengahkan untuk mencabar suara arus perdana dalam akhbar bahasa Cina.

Latar belakang:

Setelah MCA mengambil alih Nanyang Press Holdings, disusuli perkembangan taikun balak dari Rimbunan Hijau, Sarawak melibatkan diri dalam usaha memonopoli akhbar bahasa Cina di Semenanjung Malaysia, ruang wacana bahasa Cina menjadi semakin sempit dengan suara yang homogen. Maklumat yang tidak memihak kepada parti pemerintah disekat, malah hujah yang berat sebelah bercambah dalam media bahasa Cina.

2005

Akta Warisan Kebangsaan 2005 [AKTA 645]

2005

Akta Warisan Kebangsaan 2005 [AKTA 645]

Dengan merujuk kepada pengkategorian definisi warisan oleh UNESCO, akta ini membahagikan warisan kepada Tapak Warisan (Heritage Site), Objek Warisan (Heritage Object), Warisan Kebudayaan Di Bawah Air (Underwater Cultural Heritage), Warisan Kebangsaan (National Heritage), dan Harta Karun (Treasure Trove). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menubuhkan Jabatan Warisan Negara, melantik Pesuruhjaya Warisan Negara untuk mempromosi usaha pemeliharaan warisan budaya di negara kita.

2005

Iskandar Malaysia

2005

Iskandar Malaysia

Pada tahun 2005, kerajaan mengumpulkan pakar penasihat untuk menubuhkan pasukan rancangan khas. Penilaian dijalankan dari beberapa segi seperti perancangan kota, hartanah, perancangan alam sekitar dan sebagainya, untuk menerokai sejauh mana wilayah ekonomi boleh dilaksanakan. Pada Julai 2006, kerajaan mengumumkan rancangan pembangunan ekonomi di Selatan Johor, yang kemudiannya dinamakan Iskandar Malaysia, bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

2006

Jawatankuasa Anti-Sianida Raub

2006

Jawatankuasa Anti-Sianida Raub

 

Jawatankuasa Anti-Sianida Raub ditubuhkan oleh penduduk tempatan pada tahun 2006. Pada peringkat awal, NGO ini menentang perlombongan emas menggunakan sianida, dan telah menuai hasil perjuangan secara berperingkat pada tahun 2012. NGO ini masih berprihatin terhadap isu alam sekitar di komunitinya, dan kekal aktif sehingga hari ini.

Facebook
2006

Persatuan Warisan Sarawak

2006
Persatuan Warisan Sarawak
Laman WebFacebook
2006

Permit akhbar Sarawak Tribune digantung

2006

Permit akhbar Sarawak Tribune digantung

 

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa permit akhbar Sarawak Tribune digantung. Di samping itu, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan menguatkuasakan Garis Panduan Hasil Penerbitan Tak Diingini di bawah Seksyen 7(1), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, melarang pencetakan, import, penghasilan, penerbitan, penyebaran, pengedaran atau pemilikan bahan penerbitan yang boleh memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam, atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau memudaratkan kepentingan negara.

2006

Projek Anak Seni Kampung Berembang

2006
Projek Anak Seni Kampung Berembang

Kes perobohan penting di bawah dasar Setinggan Sifar

Pada peringkat awal zaman kemerdekaan, Tun Razak menyeru kaum Melayu di kampung untuk berpindah ke bandar, dengan konsep “peneroka bandar”, agar nisbah populasi Melayu di bandar dipertingkatkan.

Pada tahun 2006, Kampung Berembang dianggap sebagai “kawasan rumah setinggan”, dan dirobohkan secara paksaan. Pertubuhan dari pelbagai kaum bangkit untuk menentang pencerobohan tersebut, dan mempertahankan komuniti itu.

Aktivis seni membimbing kanak-kanak kampung untuk mengisahkan apa yang menimpa mereka kepada masyarakat umum, melalui seni lukisan dan nyanyian. Antaranya, pertunjukan wayang kulit untuk mengisahkan apa yang terjadi kepada mereka telah mendapat sambutan yang memberangsangkan di merata tempat.

Artikel
2006

Gerakan Anti-Sianida Bukit Koman, Raub (2006-2012)

2006

Gerakan Anti-Sianida Bukit Koman, Raub (2006-2012)

Pada 13 Januari 1997, kerajaan negeri Pahang telah meluluskan lesen kepada Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM), tanpa pengetahuan penduduk kampung. Jabatan Alam Sekitar juga meluluskan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Pada tahun 2006, Jabatan Mineral dan Geosains Pahang meluluskan lesen perlombongan emas menggunakan bahan kimia sianida.

Pada Disember 2006, penduduk Raub menubuhkan Jawatankuasa Anti-Sianida, mengemukakan 10 alasan mengapa perlombongan emas menggunakan sianida harus ditolak. Di samping itu, mereka menggunakan pelbagai saluran untuk memperjuangkan nasib mereka, termasuk saluran perundangan di mahkamah. Perjuangan selama tempoh 10 tahun ini berakhir apabila RAGM menamatkan operasinya pada tahun 2012.

2007

Gerakan Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang (2007-2018)

2007

Gerakan Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang (2007-2018)

Pada awal tahun 2005, Semenanjung Malaysia mengalami “blackout” (terputus bekalan elektrik), lantas mencetuskan kebimbangan kerajaan dalam isu sumber tenaga. Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengusahakan projek Central Area Reinforcement yang menelan kos setinggi RM400 juta, untuk menaiktaraf kabel elektrik yang melibatkan kawasan sepanjang 60 kilometer.

Di bawah projek ini, menara kabel elektrik bervoltan tinggi dibina melalui perkarangan Kampung Baru Rawang. TNB cuba memindahkan penduduk, melibatkan 51 buah rumah, namun ditolak. Penduduk Rawang telah menubuhkan Jawatankuasa Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang yang terdiri daripada 5 orang anggota, membuka tirai perjuangan 10 tahun untuk mempertahankan komuniti Rawang daripada ancaman kesihatan.

2007

Himpunan BERSIH pertama

2007
Himpunan BERSIH pertama

BERSIH ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Pada tahun 2007, BERSIH mengadakan perhimpunan pertama untuk memprotes terhadap sistem pilihan raya yang tidak adil. Himpunan ini disertai kira-kira 10 ribu orang peserta, merupakan demonstrasi jalanan terbesar pasca gerakan Reformasi pada tahun 1998. Gas pemedih mata dan meriam air ditembak untuk menyuraikan peserta. Kira-kira 245 orang ditangkap, dan dibebaskan selepas diambil keterangan oleh polis.

BERSIH telah mengadakan lima himpunan massa dari tahun 2007 hingga 2016, dengan kehadiran tertinggi seramai 200 ribu orang. BERSIH dianggap sebagai medium dan ruang politik yang penting untuk mendedahkan generasi muda kepada isu sosial. Malah, pengalaman saling membantu ketika dibedil gas pemedih mata dan meriam air telah membina jalinan melangkaui batas etnik antara peserta. Mereka menyelami sendiri kepelbagaian budaya dalam masyarakat, dan terpanggil untuk berdialog antara satu sama lain.

2007

Himpunan HINDRAF

2007
Himpunan HINDRAF

NGO yang terdiri daripada 48 pertubuhan Hindu ini diasaskan pada tahun 2005, dengan tujuan untuk mempertahankan hak dan tradisi Hindu dan India.

Pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2007, HINDRAF menyaman dan menuntut pampasan daripada United Kingdom, dengan dakwaan bahawa UK tidak mengendalikan kaum India dengan baik selepas tamatnya penjajahan, sehingga hak komuniti India tidak terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa ini mencungkil perhatian antarabangsa.

Pada 15 November 2007, HINDRAF mengutus satu memorandum kepada Perdana Menteri UK ketika itu, Gordon Brown.

Pada 25 November 2007, lebih 30 ribu orang penganut Hindu menyahut seruan HINDRAF untuk berhimpun di Kuala Lumpur. Mereka cuba mengutus satu memorandum, memohon agar Ratu Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili generasi nenek moyang kaum India, menuntut pampasan USD2 trilion. Sungguhpun himpunan ini disuraikan polis dengan kekerasan, HINDRAF menjadi ikon dalam komuniti India kerana sifatnya yang melangkaui batas kasta.

2007

Percantuman Empat Akhbar Bahasa Cina

2007

Percantuman Empat Akhbar Bahasa Cina

Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan Guang Ming Daily telah dicantumkan di bawah Media Chinese International Limited yang dikuasai dan dimonopoli Tiong Hiew King.

2007

Malaysia menandatangani Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal

2007
Malaysia menandatangani Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal

Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah menandatangani Deklarasi PBB terhadap Hak Orang Asal pada tahun 2007, sebagai sokongan dan penghormatan terhadap hak orang asal. Ironinya, tindak-tanduk kerajaan Malaysia dengan jelas memperlihatkan bahawa mereka tidak berkewajipan untuk mematuhi apa yang termaktub dalam deklarasi tersebut.

2007

Selamatkan Lembah Harapan (Valley of Hope)

2007

Selamatkan Lembah Harapan (Valley of Hope)

Pusat Penempatan Pesakit Kusta Sungai Buloh dibina pada 15 Ogos 1930, pernah digelar sebagai Lembah Harapan (Valley of Hope), dan merupakan Pusat Kawalan Kusta terbesar dalam kalangan negara Komanwel dan kedua terbesar di dunia.

Pada tahun 2007, UiTM telah mengambil alih tanah perkarangan Pusat Kawalan Kusta Sungai Buloh untuk pembinaan bangunan kampus, sehingga pesakit kusta terpaksa dipindahkan.

Artikel
2007

Projek Empangan Bengoh (2007-2016)

2007

Projek Empangan Bengoh (2007-2016)

Kerajaan negeri Sarawak mula menjalankan projek Empangan Bengoh yang menelan kos RM310 juta. Isu pemindahan orang asal tempatan berlanjutan untuk jangka yang agak panjang. Setelah diperjuangkan bertahun-tahun oleh penduduk Bidayuh yang terkesan dengan projek tersebut, hanya sebahagian kecil penduduk menerima penempatan semula yang dirancang kerajaan untuk berpindah ke bahagian hilir. Pada tahun 2015, Empangan Bengoh mula menakung air, dan projek ini siap dibina pada Januari 2016.

Keratan Akhbar
2007

Kumpulan Bersolidariti Untuk Selamatkan Lembah Harapan (Saving Valley of Hope Solidarity Group)

2007
Kumpulan Bersolidariti Untuk Selamatkan Lembah Harapan (Saving Valley of Hope Solidarity Group)

Pada tahun 2007, UiTM mengambil alih tanah perkarangan Pusat Kawalan Kusta Sungai Buloh untuk pembinaan bangunan kampus, maka tertubuhnya Kumpulan Bersolidariti Untuk Selamatkan Lembah Harapan, memperjuangkan pemeliharaan warisan budaya. Namun, seksyen timur-nya tetap berdepan dengan nasib dirobohkan. Kumpulan ini mengemukakan petisyen untuk mengerah sokongan antarabangsa, dan berdialog dengan kerajaan negeri dan Jabatan Warisan Negara.

NGO berkenaan:
Lembah Harapan Care & Share Circle (Tahun 2011 — sekarang)

Artikel
2007

Memorandum SUARAM: Memohon agar aktivis anti-pembalakan dibenarkan masuk ke Sarawak

2007

Memorandum SUARAM: Memohon agar aktivis anti-pembalakan dibenarkan masuk ke Sarawak

NGO hak asasi manusia, SUARAM menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM, memohon agar SUHAKAM mendesak kerajaan persekutuan dan Sarawak supaya tidak menghalang rakyat Malaysia daripada memasuki Sarawak dan keluar negara. Memorandum ini diserahkan setelah 12 orang aktivis tempatan disenaraihitamkan oleh kerajaan, agar tidak memasuki Sarawak dan dihalang keluar negeri.

Maklumat LanjutKeratan Akhbar
2007

Penang Forum

2007
Penang Forum

Penang Forum ditubuhkan pada tahun 2007, bersuara lantang untuk memperjuangkan kepentingan awam dan kemajuan masyarakat. Gabungan ini juga bekerjasama dengan kerajaan, memberi cadangan dan memantau pentadbiran kerajaan, agar pembangunan dijalankan secara beransur-ansur, dasar ekonomi yang adil digubal dan alam sekitar dilindungi.

Facebook
2008

Projek Empangan Kaiduan

2008

Projek Empangan Kaiduan

Pada tahun 2008, kerajaan persekutuan Malaysia mengemukakan projek Empangan Kaiduan yang bernilai RM2 bilion, dengan lokasinya 17 kilometer di luar Kinarut, Sabah. Terdapat 3000 orang penduduk kaum asal di situ. Mereka akan kehilangan tempat kediaman, dan kubur nenek moyang mereka akan ditenggelami setelah projek itu dimulakan. Pada masa yang sama, tapak tersebut adalah sebahagian daripada Taman Negara Banjaran Crocker yang disenaraikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Spesies flora dan fauna yang dimiliki Sabah secara eksklusif berdepan dengan krisis kepupusan.

Projek ini ditolak parti pembangkang dan NGO. Hujah bahawa empangan ini dibina untuk menyelesaikan krisis sumber air dipertikaikan. Sebaliknya, kerajaan dicadangkan untuk mengutamakan penyelesaian masalah di mana 57% sumber air bersih dalam Sabah dibazirkan lantaran pengurusan yang tidak cekap. Pada tahun 2018, atas pertimbangan pilihan raya, kerajaan mengumumkan bahawa projek ini diketepikan.

2008

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Sarawak Corridor of Renewable Energy, SCORE)

2008

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Sarawak Corridor of Renewable Energy, SCORE)

Kerajaan Sarawak dan Sarawak Energy Berhad menjalankan projek SCORE, merancang untuk membina 51 stesen janakuasa hidroelektrik yang mampu menjana 20 ribu MW, dengan pelaburan RM334 bilion. Dalam rancangan yang dibentangkan, sekurang-kurangnya 12 buah empangan mega dibina sebelum tahun 2020, dan salah satu daripadanya adalah Empangan Baram, yang memberi kesan terhadap 20 ribu orang penduduk. Seandainya rancangan ini disiapkan, kira-kira 10% hutan di Sarawak akan ditenggelamkan; 235 bidang tanah hak adat dan tanaman diambilalih, dan memberi kesan kepada 20 ribu hingga 50 ribu penduduk. Projek ini menjejaskan alam sekitar dan rezeki orang asal, dianggap projek penjenamaan semula imej kerajaan untuk menarik perhatian, namun kesan ekonominya telah diperbesar-besarkan.

2008

Projek Empangan Hidroelektrik Murum

2008

Projek Empangan Hidroelektrik Murum

Maklumat Lanjut
2008

Jawatankuasa Bertindak Perlindungan Baram (Baram Protection Action Committee, BPAC)

2008
Jawatankuasa Bertindak Perlindungan Baram (Baram Protection Action Committee, BPAC)

Projek Empangan Baram telah mengakibatkan pencemaran sumber air, dan menjejaskan rezeki orang asal lantaran pencerobohan hutan. Untuk menyatukan tenaga supaya rezeki dan tanah hak adat mereka dipertahankan, komuniti di sepanjang Sungai Baram telah menubuhkan BPAC pada tahun 2008. Pada tahun 2011, BPAC menyertai gabungan kaum asal, iaitu Save Rivers.

2008

Pesta Kesenian Komuniti

2008
Pesta Kesenian Komuniti

Pendidik teater, Amy Soon Choon Mee menganjurkan pesta komuniti berjudul “Jumpa Lagi Bandar Kebudayaan” sejak tahun 2008. Formula pesta kesenian komuniti ini diulangi di beberapa tempat, misalnya Kajang, Serdang, Langat dan Kuala Sepetang, menerima sambutan yang memberangsangkan. Pesta kesenian komuniti ini telah memberi pengalaman “seni” yang indah kepada peserta dari setiap lapisan umur.

2008

Kumpulan Sokongan Penan

2008
Kumpulan Sokongan Penan

Kumpulan yang terdiri daripada 36 NGO, bertunjangkan SUARAM untuk menyiasat kes eksploitasi seksual oleh pekerja syarikat pembalakan ke atas wanita Penan. Laporan siasatan telah diserahkan kepada parlimen, mendedahkan cubaan kerajaan dan polis untuk menutup apa yang telah berlaku sebenarnya. Kumpulan ini berprihatin dan cuba menyelesaikan masalah hak asasi, pendidikan, kemiskinan dan tanah kaum Penan.

2008

Festival Kesenian Antarabangsa Sasaran

2008
Festival Kesenian Antarabangsa Sasaran

Festival Kesenian Antarabangsa secara besar-besaran dianjurkan setiap tiga tahun sejak tahun 2008. Karya seni akan ditempatkan di Sasaran. Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan tanah untuk pembinaan taman kesenian dan muzium. Projek ini diusahakan bersama oleh seniman dan penduduk tempatan.

Laman WebFacebook
2008

Pilihan Raya Umum ke-12

8 MAC 2008
Pilihan Raya Umum ke-12

Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008, untuk memilih wakil rakyat (ahli Dewan Rakyat) dan 12 Dewan Undangan Negeri (tidak termasuk Sarawak). Keputusan PRU12 menyaksikan Barisan Nasional dinafikan majoriti dua pertiga dalam parlimen buat kali pertama setelah hampir 50 tahun memerintah. Malah lima buah kerajaan negeri jatuh ke tangan pembangkang (persekutuan). PRU12 telah mengubah lanskap politik Malaysia, menjadi garis pemisah yang penting dalam sejarah politik tanahair.

2008

Pulau Pinang dan Melaka disenaraikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site)

7 JULAI 2008
Pulau Pinang dan Melaka disenaraikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site)

 

2009-2020