Malaysia

Konteks gerakan komuniti di Malaysia saling berkaitan. Di Asia pula, kepelbagaian budaya dan komuniti merupakan suatu kebiasaan. Bermula dengan penjajahan, Perang Dunia Ke-2 sehinggalah pencapaian kemerdekaan, perpaduan dan pergerakan tidak pernah hilang manakala pengekalan budaya komuniti dan gerakan perlindungan alam sekitar juga tak pernah lekang. Perpaduan yang sama bukan sahaja jelas diamati di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan Sarawak juga di mana Orang Asal menggunakan hanya utasan tali dan badan mereka sendiri menghalang gerombolan kapitalis perompak sumber hutan, mempertahankan komuniti dan keluarga mereka.

Kebanyakan kegiatan komuniti bermula dari bawah di mana konteks pembangunan dan kesedarannya tidak lekang dari pelaksanaan ideologi dan polisi ekonomi oleh institusi negara. Garis masa bukan sahaja menampakkan organisasi komuniti dan pelaksanaan rancangan, ia juga menunjukkan dasar-dasar negara dan ideologi masyarakat. Kegiatan komuniti seakan nadi masyarakat dan negara; tatkala fenomena ketidakseimbangan mula bergolak menjadi polisi negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Negara, setiap generasi akan terasa tempias pengaruhnya.

Kerja lapangan dan penelusuran susur galur komuniti bukan sahaja untuk garis masa semata-mata, malah ia bertujuan sebagai analisa dan pemulaan wacana. Garis masa dapat membawa penerokaan dari sudut yang rencam serta memberikan pemahaman terhadap kerja komuniti dan hubungan antara perkembangannya dengan sejarah negara. Ini membolehkannya dijadikan sebagai rujukan aktivis komuniti dalam memenuhi kebaikan rakyat dan masyarakat serta pemikiran dan perancangan masa hadapan.

1945-1969

Gelora Ideologi Kiri dan Kanan

Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2,kebanyakan negara terjerumus di dalam perjuangan ideologi kiri dan kanan pada zaman perang dingin. Malaya pada masa itu tidak terlepas dari perjuangan ini; Parti Komunis Malaya yang meneruskan tentangan jajahan British selepas melawan telah diharamkan. Tentera Pembebasan Rakyat Kalimantan Utara memulakan tentangan senjata anti-British. Pada tahun 50-an ke 60-an, kerajaan British telah memulakan rancangan pengasingan melalui pelaksanaan kampung baru dan mengakibatkan penempatan masyarakat kaum Cina mengalami perubahan yang besar. Ramai yang terkorban atau dihalau dan ini seterusnya menjana permulaan fikiran dan gerakan masyarakat kaum Cina berkenaan isu identiti dan kerakyatan mereka. Selain itu,industri pembalakan Sarawak berleluasan pada tahun 1960-an,ini mengakibatkan perubahan tempatan dan adat tradisi orang asli.Pada masa yang sama, golongan intelektual Melayu yang berfikiran mandiri, berideologi kiri dan enggan berdamping dengan golongan pemerintah turut ditindas. Penyimpangan polisi sebegini lantas mencetuskan gerakan mahasiswa, gerakan pengekalan bahasa ibunda dan gelombang baru perjuangan rakyat.

1941

Tentera Jepun mencerobohi Tanah Malaya pada 8 Disember, membuka tirai Perang Pasifik. Jepun kemudian menakluk Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei dan Kepulauan Melayu yang dijajah British sebelum ini.

1941 - 1945
Tentera Jepun mencerobohi Tanah Malaya pada 8 Disember, membuka tirai Perang Pasifik. Jepun kemudian menakluk Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei dan Kepulauan Melayu yang dijajah British sebelum ini.
1945

Perang Dunia Kedua berakhir setelah tentera Jepun menyerah kalah. Penjajah British kembali ke Malaya.

1945
Perang Dunia Kedua berakhir setelah tentera Jepun menyerah kalah. Penjajah British kembali ke Malaya.
1946

British Borneo

1946
British Borneo
Gelombang nasionalisme mengombak di merata dunia, mencetuskan gerakan menuntut kemerdekaan. Raja Putih terakhir, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British, untuk membentuk British Borneo bersama Borneo Utara, Labuan dan Brunei, sebagai tanah jajahan terakhir yang dibina empayar British.
1948
Darurat di Malaya

Darurat di Malaya

16 JUN 1948
Darurat di Malaya
Penjajah British mengisytiharkan Darurat Tanah Melayu untuk menangkis Parti Komunis Malaya (PKM), melaksanakan perintah berkurung, dan melantik Sir Harold Briggs sebagai Pengarah Gerakan Menentang Pengganas Komunis. Beliau kemudian melansanakan Rancangan Briggs (Briggs Plan) untuk pemantauan dan penentangan jangka panjang.
1948

Rancangan Pemindahan dan Penempatan Semula (Rancangan Briggs)

1948
Rancangan Pemindahan dan Penempatan Semula (Rancangan Briggs)
Maklumat lanjut
1948

Perundangan Ordinan (Klasifikasi) Tanah dan Kanun Tanah di Sarawak jajahan British

1948 - 1963
Perundangan Ordinan (Klasifikasi) Tanah dan Kanun Tanah di Sarawak jajahan British
Penjajah British menggubal Kanun Tanah Sarawak selepas perang dunia. Sepanjang tempoh 17 tahun penjajahan, British telah menggubal dan meminda Kanun Tanah untuk empat klasifikasi tanah, yang memberi kesan terhadap definisi dan sistem Tanah Hak Adat dan hak tanah orang asal.

1. Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1948
2. Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1954 (pindaan)
3. Ordinan (Klasifikasi) Tanah 1955 (pindaan)
4. Kanun Tanah 1958

Maklumat lanjut
1955

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

27 JULAI 1955
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan raya umum Tanah Melayu diadakan sebelum kemerdekaan, dan 52 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan terpilih. Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah menang dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat di Malaya jajahan British. Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu.
1955

Rundingan Damai Baling 1955

28 DISEMBER 1955
Rundingan Damai Baling 1955
Untuk memulihkan keamanan Malaya, Tunku bersama David Marshall (Menteri Besar Singapura) telah mengadakan rundingan damai dengan Chin Peng, Setiausaha Agung PKM di Baling, Kedah. Tunku memohon agar PKM meletakkan senjata dan menyerah kalah. Tiada kata sepakat dicapai dalam rundingan tersebut.
1957

Kemerdekaan Malaya

31 OGOS 1957
Kemerdekaan Malaya
Tunku bersama rombongannya bertolak ke London untuk rundingan, menuntut agar kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Disaksikan pemerintah Melayu, wakil Ratu United Kingdom, Duke Gloucester, bersama rakyat, Tunku melaungkan “Merdeka” untuk tujuh kali, mengisytiharkan secara rasmi penubuhan Persekutuan Malaya.
1958

Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958

1958
Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958
Akta ini digubal pada zaman perang dingin, cuba untuk mengawal semua media terbitan asing yang diedarkan di dalam negara. Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab untuk menyemak kesemua bahan cetakan asing. Seandainya bahan cetakan tersebut mengancam ketenteraman awam, maka KDN berkuasa untuk mengharamkan bahan cetakan asing daripada diimport ke dalam negeri.
1959
Pilihan raya tempatan pertama dan penubuhan parti politik pertama secara terbuka di Sarawak

Pilihan raya tempatan pertama dan penubuhan parti politik pertama secara terbuka di Sarawak

1959
Pilihan raya tempatan pertama dan penubuhan parti politik pertama secara terbuka di Sarawak
Parti politik terbuka yang pertama di Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People’s Party, singkatan SUPP) ditubuhkan pada 4 Jun. Pada penghujung tahun yang sama, penjajah British di Sarawak mengadakan pilihan raya tempatan yang pertama.
Maklumat lanjut
1959
UMNO berjaya mengawal Utusan Melayu

UMNO berjaya mengawal Utusan Melayu

1959
UMNO berjaya mengawal Utusan Melayu
Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1939, merupakan sebuah akhbar Melayu yang bebas daripada campur tangan politik seketika dahulu. Untuk memprotes campur tangan UMNO dalam hal ehwal editorial, ketua editor pada ketika itu, Said Zahari telah mengetuai mogok pekerja untuk mempertahankan kebebasan media.
1959

Kerajaan mengharamkan bahan cetakan Berita Buroh, Nyala yang diterbitkan Barisan Sosialis

1960
Kerajaan mengharamkan bahan cetakan Berita Buroh, Nyala yang diterbitkan Barisan Sosialis
1960
Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

1960
Parlimen meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Akta ini digelar Emergency Regulations Ordinance 1948 sebelum ini, berfungsi untuk mengambil tindakan terhadap anggota PKM yang melancarkan perjuangan bersenjata.
1960

Kerajaan Malaya menamatkan Darurat yang berlanjutan selama 12 tahun

16 JUN 1948 - 12 JULAI 1960
Kerajaan Malaya menamatkan Darurat yang berlanjutan selama 12 tahun
1962

Suruhanjaya Cobbold menjalankan pungutan suara

1962
Suruhanjaya Cobbold menjalankan pungutan suara
Pada Mei 1961, Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan “Gagasan Malaysia”, yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei yang bebas dari penjajahan British, untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat. Pada awal tahun 1962, satu suruhanjaya yang dipengerusi Lord Cobbold, dianggotai dua orang wakil kerajaan British dan dua orang wakil kerajaan Malaya telah dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk memungut suara rakyat tempatan terhadap cadangan penggabungan.
Dari 19 Februari hingga 18 April, suruhanjaya ini melawat 35 kawasan, mengadakan 50 perjumpaan yang melibatkan 4000 orang wakil rakyat dan mengumpul kira-kira 2100 memorandum daripada unit kerajaan tempatan dan pertubuhan masyarakat. Laporan tinjauan Suruhanjaya Cobbold mendapati kira-kira 80% penduduk Sarawak dan Sabah bersetuju dengan rancangan penggabungan ini, dengan syarat menandatangani perjanjian untuk menjamin hak kedua-dua wilayah ini dalam persekutuan, dengan 20 perkara untuk Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak. Antaranya, nisbah perwakilan dua wilayah dalam parlimen harus lebih tinggi daripada mana-mana negeri di Malaya, pada masa yang sama, kuasa imigresen terpelihara, dan kebebasan agama, bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi terjamin. Pada 9 Julai 1963, Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia. Brunei menolak kemasukan ke dalam Malaysia.
Maklumat lanjut
1962

Perjuangan bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara

1962 - 1990
Perjuangan bersenjata Parti Komunis Kalimantan Utara
Parti Komunis Kalimantan Utara (North Kalimantan Communist Party, singkatan NKCP) memulakan perang gerila terhadap kerajaan Sarawak pada tahun 1962. Pada 17 Oktober 1990, NKCP memeterai perjanjian damai dengan kerajaan Sarawak untuk menamatkan perjuangan bersenjata dan keluar dari hutan.
Maklumat lanjut
1963

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak

1963
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak
Sarawak mengadakan pilihan raya dewan undangan kali kedua pada tahun 1963, dan diumumkan keputusannya dari 18 hingga 25 Jun. Sejumlah 185,000 orang pengundi (72.7% pengundi berdaftar) mengundi dalam pilihan raya ini. Seramai 998 orang calon bertanding untuk 429 kerusi Dewan Undangan Sarawak.
1963

Industri pembalakan Sarawak diterokai secara besar-besaran

1963
Industri pembalakan Sarawak diterokai secara besar-besaran
Pada tahun 1960-an, Sarawak menjadi tapak utama kumpulan pembalakan multinasional. Kerajaan menjual konsesi pembalakan kepada syarikat multinasional, merampas tanah hak adat bumiputera, dan menjejaskan cara hidup tradisional orang asal. Pada akhir tahun 1986, sejumlah 28 juta hektar hutan telah digondolkan di Sarawak, dan kebanyakannya tanah hak adat kaum Penan.
Maklumat lanjutLaporanLaporan
1963

Penubuhan Malaysia

16 SEPTEMBER 1963
Penubuhan Malaysia
Kerajaan Persekutuan Malaya mengumumkan bahawa Sabah dan Sarawak bebas daripada penjajahan, dan menyertai Persekutuan Malaysia.
1963
Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

1963 - 1966
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Filipina dan Indonesia menentang keras Gagasan Persekutuan Malaysia. Setelah penubuhan Malaysia diumumkan, tercetusnya demonstrasi protes di Filipina dan Indonesia, malah kedua-dua negara ini melancarkan sekatan ekonomi terhadap Malaysia, dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
1964

Penubuhan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

1964
Penubuhan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Bertanggungjawab dalam hal ehwal dasar perumahan dan kerajaan tempatan. Fungsi kementerian ini adalah untuk memastikan keberkesanan pengurusan kerajaan tempatan, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan membina rumah mampu milik untuk semua rakyat.
1964

Rancangan penempatan semula tanah Sarawak

1964 - 1974
Rancangan penempatan semula tanah Sarawak
Dari tahun 1964 hingga 1974, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) membersihkan dan menerokai tanah baru dengan Rancangan Penempatan Semula Tanah, mengikut pendekatan pelan induk FELDA. Orang kaum asal ditempatkan semula, dan ditugaskan untuk menanam tanaman yang memiliki nilai ekonomi. Berbeza dengan rancangan FELDA yang memperuntukkan tanah kerajaan kepada mereka yang tidak memiliki tanah, peserta rancangan ini ditempatkan di komuniti tanah hak adat.
Hutang pinjaman pekebun dilunaskan dengan sebahagian daripada pendapatan mereka. Namun, pendapatan mereka terjejas dengan jatuh naik harga bahan mentah di peringkat antarabangsa, mengakibatkan kebanyakan mereka gagal melunaskan hutang. Di samping itu, lantaran daripada kekurangan tenaga kerja dan kepakaran, rancangan ini digugurkan kerana masalah pengurusan.
1965

Rancangan Kampung Baru Sarawak (Rancangan Goodsir)

1965
Rancangan Kampung Baru Sarawak (Rancangan Goodsir)
Untuk menangani serangan gerila Parti Komunis Sarawak (xxx), kerajaan melanjutkan Rancangan Briggs dari Semenanjung Malaya pada tahun 1965, melaksanakan dasar Kampung Baru di Sarawak, dan melancarkan operasi ketenteraan yang digelar “Operation Hammer”.
Hutang pinjaman pekebun dilunaskan dengan sebahagian daripada pendapatan mereka. Namun, pendapatan mereka terjejas dengan jatuh naik harga bahan mentah di peringkat antarabangsa, mengakibatkan kebanyakan mereka gagal melunaskan hutang. Di samping itu, lantaran daripada kekurangan tenaga kerja dan kepakaran, rancangan ini digugurkan kerana masalah pengurusan.
Maklumat lanjutLaporan
1965

Kanun Tanah Negara 1965

1965
Kanun Tanah Negara 1965
Seksyen 48: Tiada hakmilik tanah Kerajaan boleh diperolehi secara pemilikan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk mana-mana tempoh sekalipun.
1965

Singapura keluar dari Malaysia

9 OGOS 1965
Singapura keluar dari Malaysia
Kerajaan persekutuan Malaysia mencapai persetujuan dengan Singapura, iaitu Singapura diberi kemerdekaan sebagai negara republik yang berdaulat. Parlimen UK meluluskan Akta Singapura 1966 mengikut perjanjian ini, mengiktiraf Singapura sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, juga menerima Singapura sebagai salah satu anggota Negara Komanwel.
1966

Barisan Sosialis Rakyat Malaya dibubarkan

1966
Barisan Sosialis Rakyat Malaya dibubarkan
Gandingan politik kiri Malaya, yang bersekutu sebagai barisan pembangkang selama 11 tahun dalam sejarah pilihan raya Malaya. Barisan Sosialis tertubuh pada hari merdeka 1957, dibentuk daripada Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya.
1966

Akta Kawalan Sewa 1966

1966
Akta Kawalan Sewa 1966
Akta Kawalan Sewa digubal kerajaan pusat untuk melindungi penghuni kelas menengah bawah. Kadar sewa mana-mana bangunan rumah yang dibina pada atau sebelum tahun 1948, dikawal oleh kerajaan.
1966

Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)

1966
Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)
Akta ini berasal daripada Societies Ordinance yang digunakan oleh kerajaan penjajah British untuk menangani masalah kongsi gelap. Setelah terbentuknya Malaysia, Akta Pertubuhan digubal untuk mengawal dan mengurus tadbir pertubuhan serta organisasi. Syarat penubuhan dan aktiviti organisasi bukan kerajaan dikawal dengan Societies Regulation 1984. Kementerian Dalam Negeri mendaftar, memperbaharui, membubarkan sesebuah pertubuhan, juga mengambil tindakan ke atas sebarang salah laku berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan di atas.
1967

Pilihan Raya Negeri pertama Sabah

1967
Pilihan Raya Negeri pertama Sabah
Sabah mengadakan pilihan raya negeri buat kali pertama pada tahun 1967. Sehingga kini, Sabah telah mengadakan 16 kali pilihan raya, juga negeri yang paling kerap menyaksikan pertukaran kerajaan di Malaysia.
1969

Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969)

1969
Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969)
Seksyen 16: Pihak berkuasa tempatan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) berkuasa untuk mengusir serta meruntuhkan pondok setinggan-setinggan (termasuk status hak milik sementara) setelah memberi notis selama 7 hari.
1969

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

1969
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
NGO akar umbi yang non-profit. Bertujuan untuk mempromosi hak dan kepentingan pengguna, demi mempertingkatkan kesedaran pengguna. Pejabatnya bertapak di Pulau Pinang, dengan aktivitinya di kampus, komuniti untuk mendidik khalayak ramai, mengorganisasi masyarakat, menubuhkan pusat penyelidikan, memberi latihan dan menerbitkan bahan bacaan untuk memperjuangkan hak pengguna.
1969
Pilihan Raya Umum ketiga Malaysia

Pilihan Raya Umum ketiga Malaysia

10 MEI 1969
Pilihan Raya Umum ketiga Malaysia
Pilihan raya umum pertama yang melibatkan Malaysia Timur dengan Malaysia Barat, sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
1969

Peristiwa 13 Mei

13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei
Sehari selepas hari pengundian, huru-hara tercetus di ibu negara, Kuala Lumpur, antara penyokong parti pemerintah dengan penyokong parti pembangkang.
Yang Dipertuan Agong mengumumkan darurat pada 15 Mei, menangguhkan sementara pilihan raya di Malaysia Timur. Institusi kerajaan gagal beroperasi selama dua tahun. MAGERAN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak berfungsi untuk menggantikan kerajaan; Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan peletakan jawatan pada tahun 1970, menamatkan tempoh hayatnya sebagai perdana menteri selama 15 tahun.
1970-1980