Malaysia

Konteks gerakan komuniti di Malaysia saling berkaitan. Di Asia pula, kepelbagaian budaya dan komuniti merupakan suatu kebiasaan. Bermula dengan penjajahan, Perang Dunia Ke-2 sehinggalah pencapaian kemerdekaan, perpaduan dan pergerakan tidak pernah hilang manakala pengekalan budaya komuniti dan gerakan perlindungan alam sekitar juga tak pernah lekang. Perpaduan yang sama bukan sahaja jelas diamati di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan Sarawak juga di mana Orang Asal menggunakan hanya utasan tali dan badan mereka sendiri menghalang gerombolan kapitalis perompak sumber hutan, mempertahankan komuniti dan keluarga mereka.

Kebanyakan kegiatan komuniti bermula dari bawah di mana konteks pembangunan dan kesedarannya tidak lekang dari pelaksanaan ideologi dan polisi ekonomi oleh institusi negara. Garis masa bukan sahaja menampakkan organisasi komuniti dan pelaksanaan rancangan, ia juga menunjukkan dasar-dasar negara dan ideologi masyarakat. Kegiatan komuniti seakan nadi masyarakat dan negara; tatkala fenomena ketidakseimbangan mula bergolak menjadi polisi negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Negara, setiap generasi akan terasa tempias pengaruhnya.

Kerja lapangan dan penelusuran susur galur komuniti bukan sahaja untuk garis masa semata-mata, malah ia bertujuan sebagai analisa dan pemulaan wacana. Garis masa dapat membawa penerokaan dari sudut yang rencam serta memberikan pemahaman terhadap kerja komuniti dan hubungan antara perkembangannya dengan sejarah negara. Ini membolehkannya dijadikan sebagai rujukan aktivis komuniti dalam memenuhi kebaikan rakyat dan masyarakat serta pemikiran dan perancangan masa hadapan.

1981-1998

Penswastaan Institusi Awam, Gerakan Penggunaan Tanah

Rancangan penswastaan institusi awam yang mendorong kewujudan kronisme telah mengakibatkan banyak tanah diambil guna bawah rancangan ini. Banyak tanah hakmilik awam di Semenanjung Malaysia dan tanah adat di Sabah Sarawak telah dirampas atas nama pembangunan, dijalankan penebangan hutan secara berleluasa untuk megaprojek seperti pembinaan empangan. Organisasi sivil masuk mendampingi masyarakat tempatan membantu penubuhan organisasi tempatan untuk menentang dan mempertahankan hak penduduk tempatan. Pada masa yang sama, pencemaran oleh sektor perindustrian yang pesat berkembang juga telah menggalakkan perjuangan isu pemuliharaan alam sekitar di kalangan komuniti.

1981

Pelantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak

1981
Pelantikan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak

Taib Mahmud dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Tidak kurang pertikaian tercetus sepanjang pemerintahannya, termasuk keterlibatan keluarga dan dirinya dalam industri pembalakan dan pembinaan di Sarawak. Ketika zaman pemerintahannya, hutan primer yang luas di Sarawak telah diterokai, lantas menjejaskan tanah hak adat orang asal dan mencetuskan pertikaian tanah. Beliau menyerahkan jawatan Ketua Menteri pada tahun 2014, dan dinobatkan sebagai Yang Dipertua Negeri kemudiannya. Dasar pembangunan yang sarat dengan kontrorversi sepanjang tempoh 33 tahun pemerintahannya telah memberi kesan mendalam terhadap tanah, alam sekitar dan kebudayaan orang asal.

1981

Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA)

1981

Lembaga Penyatuan dan Pembangunan Tanah (LCDA)

Maklumat Lanjut
1981

Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, memulakan pentadbirannya selama 22 tahun. Copy

16 JULAI 1981
Mahathir Mohamad mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Ke-4, memulakan pemerintahannya selama 22 tahun.
1981

Dasar Pandang Ke Timur

1981

Dasar Pandang Ke Timur

Pada Disember 1981, Mahathir mengumumkan Dasar Pandang Ke Timur. Dasar ekonomi Jepun dan Korea diteladani, mengutamakan industri kereta, besi dan keluli, petrokimia dan perindustrian berat yang lain. Dasar ini telah menjana pembangunan kereta nasional, iaitu Proton. Industri automotif ini dibangunkan bersama Mitsubishi Motors Jepun. Manakala projek pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang menjalinkan semenanjung dengan Pulau Pinang pula disempurnakan syarikat Hyundai dari Korea Selatan.

1981

Kongres Kebudayaan Cina: 15 Pertubuhan Cina Malaysia

1981
Kongres Kebudayaan Cina: 15 Pertubuhan Cina Malaysia

Pada tahun 1983, Pertubuhan Cina Malaysia mengadakan “Kongres Kebudayaan Cina” di Pulau Pinang, mengemukakan Memorandum Bersama Tentang Kebudayaan Kebangsaan, sebagai reaksi terhadap Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menjadi penghalang kepada keharmonian masyarakat. 15 Pertubuhan Cina ini terdiri daripada Dewan-Dewan Perhimpunan Cina, Dewan-Dewan Perniagaan Cina dan Dong Zong, yang menjadi teras pimpinan masyarakat Cina. Pada tahun 1984, Pesta Kebudayaan Cina Malaysia telah dianjurkan buat kali pertama.

Pada tahun 1985, Perisytiharan Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Cina Malaysia telah ditandatangani 27 badan termasuk pertubuhan Cina yang utama. Pada 9 Januari 1986, 15 Pertubuhan Cina Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Hak Sivik.

1982

Pembinaan Empangan Batang Ai

1982 - 1985
Pembinaan Empangan Batang Ai
Maklumat Lanjut
1983

Gerakan Protes Empangan Bakun

1983

Gerakan Protes Empangan Bakun

Beberapa NGO seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) melancarkan gerakan menentang Empangan Bakun, dengan penyertaan penghuni orang asal dari 15 rumah panjang.

1983

Tragedi Pencemaran Radioaktif Bukit Merah

1983
Tragedi Pencemaran Radioaktif Bukit Merah

Syarikat Jepun, Mitsubishi Chemical Industries Ltd bersama Beh Minerals (Malaysia) telah menubuhkan Asia Rare Earth Sdn Bhd (ARE). Kilang pemprosesan dibina di Bukit Merah, Perak untuk mengeluarkan yttrium dari mineral yang dinamakan monazit. Kira-kira 15 ribu orang penduduk dari Kampung Baru Bukit Merah, bersama beberapa komuniti berdekatan yang terkesan telah mengadakan perhimpunan untuk menuntut agar kilang tersebut dihentikan operasinya, malah membawa kes ini ke mahkamah. Peristiwa pencemaran alam yang disebabkan ARE ini telah menjadi pengajaran kepada seluruh Malaysia, mempengaruhi gerakan anti-Sianida di Bukit Koman, Pahang pada tahun 2006, dan gerakan menolak kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

 

NGO berkenaan:

1. Jawatankuasa Anti Radioaktif Perak (PARC, 1983-2017) Pada tahun 1983, penduduk setempat menubuhkan PARC apabila kerajaan negeri Perak membina tapak pelupusan sisa radioaktif di Papan. Pengerusi PARC, Hew Yun Tat ketika membubarkan jawatankuasa ini pada tahun 2017, mendakwa bahawa perjuangan selama 30 tahun ini telah menyempurnakan misi sejarahnya.

2. Jawatankuasa Membantu Gerakan Anti Nadir Bumi Kilang Lynas, Perak (Tahun 2012 — kini)

Keratan AkhbarFacebook
1983

Gerakan Mempertahankan Bukit Cina di Melaka

1984

Gerakan Mempertahankan Bukit Cina di Melaka

Kapitan Cina Melaka Belanda Li Kap @ Li Kup @ Lee Wei King, mengumpul dana untuk membeli Bukit Cina daripada kerajaan penjajah Belanda pada tahun 1685, dan kemudian memberi kepada masyarakat Cina untuk dijadikan tanah perkuburan. Terdapat juga beberapa kubur Melayu yang bersejarah di atas bukit tersebut. Tokong Cheng Hoon Teng Melaka merupakan pemegang amanah Bukit Cina. Pada tahun 1984, dalam surat yang diutuskan, kerajaan negeri Melaka menyatakan hasrat untuk meratakan dan membangunkan Bukit Cina. Komuniti tempatan melancarkan gerakan mempertahankan Bukit Cina, mencetuskan perbincangan dan memupuk kesedaran tentang tanah perkuburan dan pemeliharaan sejarah. Pada tahun yang sama, obor Pesta Kebudayaan Cina Malaysia dinyalakan di Bukit Cina, dan memulakan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang diwarisi sehingga hari ini.

 

Dasar berkenaan: Untuk menjamin agar Cheng Hoon Teng kekal sebagai pertubuhan kepercayaan agama dan perbadanan pengurusan tanah perkuburan, Majlis Perundangan Persekutuan Malaya telah meluluskan Cheng Hoon Teng Temple(Incorporation) Ordinance pada 28 September 1949.

Keratan Akhbar
1984

Dasar Penswastaan Negara Kerajaan Persekutuan

1984

Dasar Penswastaan Negara Kerajaan Persekutuan

Daim Zainuddin mempercepatkan pelaksanaan dasar penswastaan negara ketika menyandang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1984. Pada tahun seterusnya, Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan Garis Panduan Penswastaan (Guidelines for Privatisation), satu dokumen rasmi penting berkenaan dasar penswastaan. Pada tahun 1991, kerajaan menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP), dimasukkan ke dalam Pelan Induk Pembangunan Ekonomi pada tahun yang sama — dasar pembangunan negara dan Wawasan 2020.

Pandangan umum menganggap penswastaan gagal menyelesaikan masalah pengurusan dan kerugian yang ditanggung institusi kerajaan, pada masa yang sama mencetuskan masalah sara hidup yang lain. Penswastaan melibatkan monopoli dalam sektor awam atau pembinaan infrastruktur, pasukan pengurus pula biasanya adalah lantikan politik, menampakkan sikap yang kurang positif. Seandainya berlaku penyelewengan, maka kerajaan akan campur tangan untuk menghentikan kerugian. Dengan kata lain, dana rakyat digunakan untuk menanggung kerugian, misalnya pengendalian konsesi PLUS yang sering dipertikaikan.

Nota tambahan: Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) dibina sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, untuk memendekkan jarak antara utara dengan selatan. Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan telah menjana pembangunan pengangkutan, malah mengubah laluan pengangkutan di Semenanjung. Secara tidak langsung, ia juga menjurus kepada peminggiran dan kemerosotan komuniti lama yang berkembang lantaran aktiviti perlombongan sebelum ini.

1984

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

1984

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Akta ini digubal pada zaman penjajahan British. Selepas kemerdekaan, ia digunakan kerajaan Malaysia (Malaya) untuk mengawal aktiviti penerbitan dan pencetakan. Malah, Perdana Menteri keempat, Mahathir Mohamad telah memindanya pada tahun 1984 dan 1987, untuk menambah dan memperluaskan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri ke atas pengawalan aktiviti penerbitan dan pencetakan, sehingga ke tahap tidak boleh disemak atau dicabar mahkamah.

Keratan Akhbar
1985

Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG)

1985
Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG)

NGO yang ditubuhkan atas nama Lim Lian Geok (LLG), seorang pendidik dan pelopor masyarakat sivil. NGO ini aktif dalam bidang pendidikan budaya dan masyarakat sivil.

Memorial LLG ditubuhkan pada tahun 2007, untuk mengumpul dan menyimpan maklumat tentang LLG, di samping mendukung semangat dan keberanian LLG untuk mempertahankan kesamarataan hak budaya dan pendidikan semua kaum. Pada tahun 2018, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melancarkan kempen kesedaran untuk pemeliharaan budaya, menyelamatkan aset budaya dan ingatan sejarah dalam masyarakat, dengan tema “Selamatkan Sejarah, Pertahankan Budaya”.

Laman Web
1985

Parlimen meluluskan pindaan, mengundang kempen bantahan terhadap Akta Rahsia Rasmi di seluruh negara

1985

Parlimen meluluskan pindaan, mengundang kempen bantahan terhadap Akta Rahsia Rasmi di seluruh negara

Pada asalnya, Akta Rahsia Rasmi digubal pada tahun 1952. Kerajaan Barisan Nasional kemudiannya menggabungkan akta rahsia rasmi Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak untuk menggubal Akta Rahsia Rasmi 1972. Pada tahun 1983, seksyen 3 dipinda, untuk menambah hukuman ke atas aktiviti pengintipan kepada pemenjaraan seumur hidup. Pada Mac 1986, parlimen meluluskan pindaan sekali lagi, untuk memperluaskan definisi “Rahsia Rasmi”, malah menambah hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia rasmi.

Pemindaan akta oleh kerajaan telah mencetuskan kempen bantahan terhadap Akta Rahsia Rasmi, yang diketuai NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia), dan disambut hangat oleh NGO, pertubuhan Cina, kesatuan, pembangkang dan lain-lain. Banyak himpunan diadakan. Bagaimanapun, kerajaan BN berjaya meluluskan pindaan tersebut dengan majoriti dua pertiga yang dikuasainya dalam parlimen.

1985

Pusat Kajian Cina Malaysia (Centre For Malaysian Chinese Study)

1985
Pusat Kajian Cina Malaysia (Centre For Malaysian Chinese Study)

Kongres Kebudayaan Cina pada tahun 1983 telah menjurus kepada penubuhan Pusat Informasi Kajian Cina Malaysia dua tahun kemudian. Pada tahun 1996, namanya ditukar kepada “Pusat Kajian Cina Malaysia” (Huayan) kerana keutamaannya diberikan kepada penyelidikan. Huayan memainkan peranan sebagai badan penyelidikan, menggerakkan kempen kesedaran dan pemeliharaan budaya.

Laman Web
1986

Parti Bersatu Sabah (PBS) menang besar dalam pilihan raya kilat di Sabah

1986
Parti Bersatu Sabah (PBS) menang besar dalam pilihan raya kilat di Sabah

Untuk meredakan suasana ketegangan, Sabah mengadakan pilihan raya kilat pada 4 Mei 1986. Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merangkul dua pertiga kerusi, dan memerintah dengan majoriti yang besar. Kekocakan akhirnya berjaya ditenteramkan.

Keratan Akhbar
1986

Rusuhan Sabah 1986

1986
Rusuhan Sabah 1986

Politik menjadi huru-hara selepas pilihan raya Sabah pada Mei 1985. Sejak Mac 1986, huru-hara berlaku di ibu negeri, Api-Api, juga di Sandakan, Tawau dan lain-lain. Pada ketika itu, berlaku beberapa kes letupan di Sandakan, melibatkan sekurang-kurangnya tiga kes kematian, di samping banyak bangunan dan kereta yang diletupkan. Sabah memasuki fasa darurat untuk sementara waktu, dan diambil alih oleh kerajaan persekutuan sehingga pilihan raya Sabah diadakan semula. Akhirnya situasi huru-hara berjaya diredakan setelah Parti Bersatu Sabah (PBS) menang dengan majoriti yang cukup selesa.

1985 Rusuhan Tersembunyi / The Silent Riot By Nadira Ilana

Maklumat LanjutFail
1986

Petisyen mendesak agar Projek Empangan Bakun dibatalkan

5 FEBRUARI 1986

Petisyen mendesak agar Projek Empangan Bakun dibatalkan

Seramai 10 orang pemimpin kaum Kenyah dan Kayan mengadakan sidang media di Sibu, berisytihar untuk mempertahankan tanah daripada pencerobohan kerajaan dengan nyawa mereka. NGO bergelar Bakun Residents Action Committees (BRAC) ini menyerahkan petisyen yang ditandatangani 2000 orang, menyeru agar Perdana Menteri membatalkan projek Empangan Bakun.

1986

Persatuan Warisan Pulau Pinang

1986
Persatuan Warisan Pulau Pinang

Ditubuhkan pada 22 Ogos 1986, merupakan pertubuhan yang paling bersejarah di Malaysia untuk memperjuangkan pemeliharaan warisan. NGO yang berasaskan keanggotaan, dan menjadi pelopor untuk mendidik dan mempromosi pemeliharaan warisan budaya di Pulau Pinang.

Laman Web
1987

Gerakan Sekatan Jalan lantaran pembalakan yang berleluasa di Sarawak

1987

Gerakan Sekatan Jalan lantaran pembalakan yang berleluasa di Sarawak

Maklumat LanjutKeratan Akhbar
1987

Kebun Organik Negeri Pulau Pinang

1987
Kebun Organik Negeri Pulau Pinang

Kebun Organik Pulau Pinang ditubuhkan untuk menggalakkan pekebun kecil menanam sayur dan buah dengan cara organik agar pencemaran alam dikurangkan. Pada peringkat awal, Bukit Bendera dan Balik Pulau dijadikan tapak. Dengan jaringan yang terbina selepas beberapa tahun, mereka membekalkan sayuran dalam komuniti pada skala yang agak besar, merangkumi pelbagai tanaman organik.

1987

Peristiwa Thean Hou Temple, Protes Pertubuhan Cina

11 OKTOBER 1987
Peristiwa Thean Hou Temple, Protes Pertubuhan Cina

Pada 11 Oktober, MCA, GERAKAN, DAP dan pertubuhan lain berkumpul di Thean Hou Temple, sebagai protes terhadap keputusan Menteri Pendidikan ketika itu, Anwar Ibrahim — menghantar guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk menyandang jawatan tinggi di sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina). Protes tersebut tidak diambil peduli pihak berkuasa, lantas jawatankuasa bertindak himpunan protes ini menyeru agar sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) berkenaan bermogok dari 15 hingga 17 Oktober. Pihak berkuasa akhirnya bersetuju untuk berunding pada 14 Oktober, maka tindakan mogok itu dibatalkan.

1987

Operasi Lalang

27 OKTOBER 1987
Operasi Lalang

Kerajaan Malaysia melancarkan operasi penangkapan secara besar-besaran dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Atas alasan “mengancam keselamatan negara”, polis menangkap 107 orang, antaranya pemimpin politik (parti pemerintah dan pembangkang), pejuang pendidikan bahasa Cina, aktivis alam sekitar, aktivis gerakan sosial, agamawan dan lain-lain. Suasana negara menjadi tegang.

1987

The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan dibatalkan permit selepas Operasi Lalang

NOVEMBER 1987

The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan dibatalkan permit selepas Operasi Lalang

Pada November 1987, ketiga-tiga akhbar ini dibenarkan untuk menerbit semula. Pada tahun 1988, Rimbunan Hijau Group yang dimiliki Tiong Hiew King mengambil alih Kumpulan Media Sin Chew.

1989

Persatuan Peranakan Cina Kelantan

15 FEBRUARI 1989
Persatuan Peranakan Cina Kelantan

Ditubuhkan dengan tujuan awalnya untuk membentuk muafakat agar peranakan Cina di kawasan kampung pinggiran Kelantan hidup dalam suasana aman damai. Perjuangannya berteraskan kesederhanaan dan keharmonian. PPCK berharap agar taraf hidup dan pendidikan peranakan Cina Kelantan dipertingkatkan, untuk memenuhi keperluan pembangunan negara. Beberapa tahun kebelakangan, PPCK melibatkan diri dalam gerakan sosial, sebagai NGO yang sangat aktif.

Pada September 2020, Galeri Peranakan Cina Kelantan dibuka secara rasmi kepada orang awam. Galeri ini ditubuhkan PPCK bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian dan penyelidikan sejarah dan warisan budaya peranakan Cina dijalankan UTM.

Laman Web
1989

Perjanjian Damai Haadyai

2 DISEMBER 1989

Perjanjian Damai Haadyai

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930-an, menentang penjajah British dan memperjuangkan kemerdekaan Malaya dengan bersenjata. Pengaruhnya terhakis selepas kemerdekaan. Apabila berlakunya penangkapan besar-besaran untuk mematahkan gerakan siswa pada tahun 1970-an, sesetengah anak muda memilih untuk menyertai perjuangan PKM di selatan Thai. PKM semakin merosot apabila Parti Komunis China memutuskan bantuan dan sokongannya pada tahun 1980-an. Pada tahun 1989, rundingan dijalankan antara kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, dan memeterai Perjanjian Damai Haadyai.

1990

Penubuhan Jawatankuasa Hal-Ehwal Penan Sarawak

1990
Penubuhan Jawatankuasa Hal-Ehwal Penan Sarawak
Maklumat LanjutArtikel
1990

Kempen Selamatkan Bukit Bendera (1990-2017)

SEPTEMBER 1990

Kempen Selamatkan Bukit Bendera (1990-2017)

Pada tahun 1989, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Chong Eu merancang untuk menerokai Bukit Bendera bersama Kumpulan BERJAYA. NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia dan lain-lain telah melancarkan kempen “Selamatkan Bukit Bendera”, menarik perhatian penduduk Pulau Pinang, di samping meningkatkan kesedaran umum terhadap pemeliharaan alam sekitar. Rancangan penerokaan tersebut akhirnya dibatalkan lantaran bantahan keras NGO.

Perkembangan selanjutnya: Pada tahun 2017, kerajaan negeri Pulau Pinang mengemukakan rancangan penerokaaan Bukit Bendera bersama Kumpulan BERJAYA buat kali kedua, mencungkil kebimbangan NGO. NGO mendakwa bahawa mereka akan terus memantau dasar kerajaan negeri, malah bersedia untuk melancarkan kempen “Selamatkan Bukit Bendera 2.0”.

Keratan Akhbar
1991

Wawasan 2020

1991

Wawasan 2020

Mahathir Mohamad mengetengahkan Wawasan 2020 dalam Rancangan Malaysia Keenam, supaya Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.

 

1. Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor, MSC) bertapak di Sepang, dengan keluasan 750 kilometer persegi, merangkumi dua buah bandar pintar, iaitu Cyberjaya dan Putrajaya, dirasmikan Mahathir Mohamad pada tahun 1996. Dibina untuk memupuk masyarakat berilmu, supaya Malaysia melonjakkan diri sebagai Negara Maju di dunia.

 

2. Projek Mega: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Kembar KLCC (yang tertinggi di dunia ketika itu), Menara Kuala Lumpur, pusat pentadbiran baru, Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Banyak projek mega mengambil alih tanah orang asal secara langsung, dan menceroboh rumah setinggan sebelumnya.

1991
Projek Borneo

Projek Borneo

1991

Projek Borneo

Pada akhir tahun 1980-an, komuniti orang asal Borneo mula mogok terhadap aktiviti pembalakan. Projek Borneo yang diasaskan pada tahun 1991 bertujuan untuk membantu golongan yang mempertahankan hak dan melindungi hutan tropikal. Usaha mereka sebagai komuniti untuk melindungi hutan, rezeki yang lestari dan hak asasi telah menarik perhatian dan sokongan antarabangsa.

Laman Web
1991

Penubuhan Yayasan Bruno Manser

1991

Penubuhan Yayasan Bruno Manser

Maklumat LanjutLaman Web
1992

Pusat Pembangunan Komuniti (Community Development Centre, CDC)

1992
Pusat Pembangunan Komuniti (Community Development Centre, CDC))

Diasaskan oleh graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1992, dan aktif di sekitar Hulu Langat, Selangor. Majoriti keanggotaannya adalah kaum India, menjuarai isu tuntutan dan perjuangan pekerja estet. Pada tahun 1998, tiga NGO gerakan sosial, iaitu Suara Warga Pertiwi (SWP), CDC dan Alaigal telah menubuhkan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

1993

Pusat KOMAS

OGOS 1993
Pusat KOMAS

Ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai pusat penyiaran untuk mendukung hak asasi manusia. Pusat KOMAS mempertahankan hak asasi manusia orang asal, warga miskin di kota, pekerja dan pertubuhan sosial di Malaysia. Pusat KOMAS secara proaktif mempromosi dokumentari video komuniti, mengadakan bengkel untuk memperkasa daya komuniti tempatan.

1993

Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar

1993
Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar

Dipimpin oleh Dr.Nasir dan V Selvam sejak tahun 1993, aktif di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka terlibat secara aktif dalam perjuangan peneroka bandar yang kebanyakannya kaum Melayu, untuk mempertahankan hak perumahan dan tanah.

1994

Projek Empangan Bakun

1994

Projek Empangan Bakun

Empangan Bakun ialah projek mega swasta, dan menjadi perintis pembinaan empangan di Sarawak dan Sabah. Banyak empangan yang dibina dalam tempoh sedekad selepasnya.

 

Disebabkan penangguhan, faedah dan masalah penggerudian batu dan lain-lain, pembinaan Empangan Bakun mencatat lebihan kos enam kali ganda, iaitu kira-kira RM7.5 bilion. Kira-kira 10 ribu orang penduduk pedalaman terkesan dengan pengurusan pemindahan yang tidak cekap; 70 ribu hektar hutan dan kira-kira 50 juta meter padu biojisim ditenggelamkan. Habitat ratusan spesis, termasuk spesis terlindung juga dimusnahkan. Jawatankuasa Pembangunan Bakun (Bakun Development Committee, BDC) yang ditubuhkan kerajaan, kononnya satu-satu pertubuhan yang mewakili 21 ribu penduduk di kawasan Belaga untuk penyelarasan penduduk yang terkesan, tidak menyelesaikan masalah dengan sebaik-baiknya.

1994

Memorandum Bantahan Empangan Bakun

1994

Memorandum Bantahan Empangan Bakun

Maklumat Lanjut
1994

Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Pindaan Retrospektif

1994

Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Pindaan Retrospektif

Maklumat Lanjut
1994

Projek LRT Kuala Lumpur

FEBRUARI 1994

Projek LRT Kuala Lumpur

Kerajaan membina LRT pada tahun 1994, dan MRT pada tahun 2013. Projek besar dibangunkan sepanjang laluan, misalnya Mid Valley, Bangsar South, Sunway Velocity dan lain-lain. Dasar “Setinggan Sifar” dilaksanakan, menjurus kepada pencerobohan “rumah setinggan” yang memiliki sejarah ratusan tahun. Tidak banyak kawasan setinggan yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor buat masa kini.

1994

Himpunan 1 Mei Perjuangan Peneroka Bandar dan Pekerja Ladang untuk menuntut hak

1 MEI 1994
Himpunan 1 Mei Perjuangan Peneroka Bandar dan Pekerja Ladang untuk menuntut hak

Kira-kira 3000 orang dari golongan pekerja kelas bawahan, majoritinya pekerja ladang keturunan India dan peneroka bandar keturunan Melayu, menyertai perhimpunan besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Hari Buruh tahun 1994. Himpunan ini amat bermakna kerana berjaya keluar dari bayangan Operasi Lalang 1987, menyaksikan rakyat kembali ke jalanan untuk menyuarakan tuntutan perjuangan mereka. Perhimpunan ini dijayakan oleh Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB), Jawatankuasa Pembangunan Komuniti (CDC) dan ALAIGAL.

1995

Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Projek Empangan Bakun diumumkan

1995年
Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Projek Empangan Bakun diumumkan
Maklumat Lanjut
1995

Perjuangan Orang Asal di Selangor: Kes Sagong Tasi

1995

Perjuangan Orang Asal di Selangor: Kes Sagong Tasi

Pada tahun 1995, kerajaan negeri Selangor mengambil alih secara paksaan tanah adat orang asal di Bukit Tampoi, mengarahkan agar suku Temuan beredar dalam tempoh 14 hari. Penduduk diusir secara paksa oleh polis, sementara kerajaan hanya memberi pampasan untuk rumah, pokok buah-buahan dan tanaman yang dimusnahkan, dan tiada pampasan untuk pengambilalihan tanah.

Pemimpin suku Temuan, Sagong Tasi menyaman kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (Kumpulan UEM) lantaran pengusiran secara paksaan. Pada April 2002, Mahkamah Tinggi mengiktiraf plaintif Temuan sebagai pemilik tanah adat. Mahkamah juga memutuskan bahawa kerajaan telah melanggar tugas kewajiban mereka, dengan itu mengarahkan agar pampasan diberi kepada plaintif. Kes ini diselesaikan secara damai pada 26 Mei 2010, dengan plaintif Temuan diberi pampasan RM6.5 juta.

Kes ini menjadi peristiwa penting dalam perjuangan orang asal di Semenanjung Malaysia untuk menuntut hak tanah.

1995

UMNO masuk Sabah

1995
UMNO masuk Sabah
Maklumat Lanjut
1995

Kes saman Projek Empangan Bakun

1995

Kes saman Projek Empangan Bakun

Maklumat Lanjut
1995

Kerajaan Sarawak memperkenalkan dasar Konsep Baru

1995

Kerajaan Sarawak memperkenalkan dasar Konsep Baru

Pada pertengahan tahun 1990-an, sumber hutan semakin berkurang. Pulangan lumayan industri kelapa sawit telah mencungkil minat pelabur. Pada tahun 1995, Taib Mahmud memperkenalkan Konsep Baru, iaitu menukar tanah komersial dalam negeri Sarawak kepada kegunaan tanaman kelapa sawit melalui usaha sama. Untuk mendorong pelaksanaan Konsep Baru dan menerokai sektor hartanah, kerajaan telah beberapa kali meminda akta tanah, menghakis hak orang asal ke atas tanah.

Laporan
1996

Sekatan Jalan Kaum Penan 2.0 dan Draf Deklarasi

1996

Sekatan Jalan Kaum Penan 2.0 dan Draf Deklarasi

Maklumat LanjutArtikel
1996

Majalah Dwibulanan Wawas (1996-1999)

1996

Majalah Dwibulanan Wawas (1996-1999)

Pengasasnya, Chong Ton Sin mengerah siswa dari universiti yang berlainan untuk menerbitkan majalah Dwibulanan Wawas, setelah terkesan dengan kekurangan majalah bahasa Cina yang menyasarkan siswa-siswi sebagai pembaca. Sebanyak 12 jilid diterbitkan sebelum penerbitannya dihentikan pada tahun 1999.

Peristiwa berkaitan: Chong Ton Sin ialah penggerak budaya yang utama di Malaysia, berusaha untuk menerokai ruang awam dan menerbitkan buku politik sosial. Setelah Dwibulanan Wawas dihentikan penerbitannya, Chong menubuhkan syarikat penerbitan independen, Gerakbudaya dan The Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) pada tahun 2000.

1996

Ordinan Hutan Sarawak (Pindaan)

1996

Ordinan Hutan Sarawak (Pindaan)

Pada tahun 1996 dan 1997, Taib Mahmud memperkenalkan mekanisme baru, iaitu membenarkan penanaman kelapa sawit di kawasan rizab hutan simpan.

1996

Tabung Amanah Bakun Diperkenalkan

1996

Tabung Amanah Bakun Diperkenalkan

Tabung Amanah Bakun dikendalikan Yayasan Sarawak, dengan matlamat untuk mengubah minda komuniti tempatan, menggalakkan mereka untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam pembangunan negeri dan negara. Derma pertama disumbangkan oleh kerajaan persekutuan Malaysia dan kerajaan negeri Sarawak, dengan RM5 juta masing-masing. Menurut pihak pengurusan tabung, dana ini digunakan untuk menawarkan bantuan ekonomi dalam aspek pendidikan dan latihan kemahiran bagi penduduk yang dipindahkan lantaran projek Empangan Bakun, selain peningkatan kemudahan perubatan tempatan.

1997

Undang-Undang Hutan (Hutan Tumbuhan) 1997 digubal

1997

Undang-Undang Hutan (Hutan Tumbuhan) 1997 digubal

Undang-Undang Hutan (Hutan Tumbuhan) digubal pada tahun 1997, memberi Lesen Hutan Ladang (Licence for Planted Forest, LPF) di kawasan tanah hutan simpanan, malah membenarkan pemilik LPF untuk menanam kelapa sawit di atas 20% permukaan yang boleh ditanam tanaman, untuk tempoh 25 tahun supaya “aliran tunai lebih fleksibel diuruskan”.

1997

Land (Extinguishment of Native Customary Rights) (Kawasan Kebanjiran Bakun II)(No.26) Direction 1997) berkuatkuasa.

1997

Land (Extinguishment of Native Customary Rights) (Kawasan Kebanjiran Bakun II)(No.26) Direction 1997) berkuatkuasa. 

Maklumat Lanjut
1997

Suara Bantahan Empangan Bakun

1997

Suara Bantahan Empangan Bakun

Maklumat Lanjut
1997

Jalan Kebudayaan Kuala Lumpur (1997-2002)

1997

Jalan Kebudayaan Kuala Lumpur (1997-2002)

Pada Disember 1997, Poh Hing Han dari Mentor Bookstore, Poh Seng Titt dari Mentor Publishing, Purple Cane dan pertubuhan tempatan yang lain mempromosi bersama konsep “Jalan Kebudayaan Kuala Lumpur”, mengadakan aktiviti jalanan dari masa ke masa di beberapa jalan yang berpotensi seperti Jalan Petaling, Jalan Panggong, Jalan Balai Polis dan sebagainya, untuk memperkembangkan kesenian tempatan. Mentor Bookstore didirikan di Jalan Petaling pada tahun 1997, merupakan kedai buku bahasa Cina bertema yang pertama di tempatan. Dengan mendukung idealisme “Sebarkan keikhalasan, Zahirkan kebijaksanaan, Sempurnakan keinsanan”, Mentor Bookstore cuba menerokai komuniti pendidikan bahasa Cina dengan aktiviti pembelajaran, antaranya, pameran buku, program bedah buku, forum, pertunjukan jalanan, pameran kebudayaan, pengerahan komuniti untuk mereka bentuk wajah jalanan dan lain-lain. Pada tahun 2001, Mentor Bookstore membuka lembaran sejarah dengan kedai buku yang beroperasi 24 jam sehari.

Peristiwa berkenaan: Bengkel Ji Dang (1992), Lim Hock Lam dari Purple Cane.

Laman Web
1997

Krisis Kewangan Asia

1997
Krisis Kewangan Asia

Pada Julai 1997, negara Thai berdepan dengan krisis mata wang. Kejatuhan nilai Baht Thai membawa kesan domino, lantas krisis kewangan melanda beberapa negara Asia Tenggara. Pada Jun 1998, kesan lanjutan krisis kewangan menular. Gelembung ekonomi Jepun berkecai, dan kejatuhan nilai Yen Jepun menjadikan krisis kewangan semakin meruncing, dan berakhir dengan kegawatan ekonomi global. Banyak matawang mengalami kejatuhan nilai, institusi kewangan merebah, pasaran saham dan hartanah menjunam, rizab pertukaran asing berkurang, beban hutang bertambah mendadak. Pelaburan dalam projek mega di Malaysia sebelum berlakunya krisis kewangan telah menjurus kepada lebihan kapasiti. Kejatuhan nilai matawang ringgit Malaysia telah memberi impak terhadap ekonomi Malaysia, yang berakhir dengan peningkatan kadar pengangguran dan pergolakan politik.

1998

University Bangsar Utama (UBU)

1998
University Bangsar Utama (UBU)

Ditubuhkan anak muda dan siswa-siswi di sekitar Kuala Lumpur, aktif dalam kegiatan dan program yang berasaskan komuniti. Mereka memperkasa golongan miskin dan minoriti, merangsang kreativiti dan idealisme mereka. Mereka membina jambatan untuk menjalinkan golongan yang tertindas dengan siswa-siswi, untuk memantapkan kuasa demokrasi dalam negara. Perwatakan anak muda dan siswa-siswi dibentuk melalui program pendidikan dan latihan, agar mereka lebih yakin, sedar diri, progresif, demokrasi, kreatif, berani, kritis dan bertanggungjawab.

Laman Web
1998

Sekatan Jalan Ulu Teru

1998

Sekatan Jalan Ulu Teru

Beberapa rumah panjang di Ulu Teru mengambil keputusan untuk tidak menyertai program penanaman di bawah Konsep Baru. Kira-kira 60 orang penduduk menghalang jentolak dan juruukur daripada “menceroboh” tanah mereka. Kesemua orang ditahan, dan dibebaskan kemudiannya.

1998

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

1998

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

Maklumat LanjutLaman WebFacebook
1998

Gerakan Reformasi

1998
Gerakan Reformasi

Krisis kewangan melanda Malaysia. Gelembung ekonomi yang dijana di bawah Wawasan 2020 berkecai. Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada ketika itu berbeza pandangan ketika negara ditimpa krisis ekonomi. Anwar menjelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan amalan rasuah dan kronisme oleh Mahathir selepas dipecat. Anwar disokong golongan kelas menengah dan intelektual. Maka lahirnya satu gerakan Reformasi dalam masyarakat untuk menuntut perubahan dan penambahbaikan politik. Gerakan Reformasi memberi impak yang besar terhadap perkembangan masyarakat sivil. Pada awal tahun 2000, NGO yang berorientasikan isu dan seni-budaya muncul satu demi satu, dan memberi impak yang penting terhadap generasi muda.

Gerakan Reformasi bukan sahaja titik pusingan gerakan sosial setelah bangkit daripada kelesuan 10 tahun selepas Operasi Lalang, tetapi juga titik permulaan penting dalam gerakan media independen. Orang awam semakin sedar akan sekatan maklumat dan manipulasi kebenaran oleh media arus perdana, yang membantutkan gerakan reformasi. Malah, masyarakat massa juga sedar akan fungsi internet untuk menembusi sekatan maklumat, lantas menjurus kepada penubuhan portal media dan penggunaan internet yang semakin luas.

1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkuatkuasa pada 1 April 1999

1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkuatkuasa pada 1 April 1999

1998

Pusat Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism)

1998

Pusat Kewartawanan Bebas (Centre for Independent Journalism)

Badan kewartawanan bebas yang ditubuhkan oleh 5 orang wartawan, penulis dan aktivis sosial. Mereka mengemukakan pandangan yang kritis, dan kupasan yang analitik terhadap isu sosial politik di Malaysia, selain mempertahankan ruang kebebasan bersuara di Malaysia.

Laman Web
1998

UTM RAKAN (1998-2009)

1998
UTM RAKAN (1998-2009)

RAKAN ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai organisasi non-profit siswa-siswi, yang bergerak di akar-umbi. Perjuangan komuniti Kampung Plentong Baru Tengah (KBPT) telah memberi inspirasi kepada RAKAN untuk mempertahankan hak perumahan bersama golongan peneroka bandar (yang sering dilabel secara negatif oleh pihak penguasa sebagai penduduk rumah setinggan). Selain melanjutkan kesinambungan perjuangan dan jalinan hubungan bersama KBPT, RAKAN juga berprihatin terhadap isu penjagaan alam sekitar dan orang asal.

1998

Nanyang Folk Culture di Pulau Pinang

1998
Nanyang Folk Culture di Pulau Pinang

Ditubuhkan oleh beberapa orang pereka seni bina muda yang pulang ke Pulau Pinang, setelah tamat pengajian mereka di universiti Taiwan, termasuk Tan Yeow Wooi, Ooi Bok Kim dan pengiklan, Choo Chee Keong. Mereka berprihatin terhadap isu pemeliharaan tapak warisan dan seni budaya. Bertitik tolak dari aktiviti sambutan Tahun Baru Cina di Penang Leong San Tong Khoo Kongsi pada tahun 1999, mereka memupuk kesedaran peserta terhadap tapak warisan bersejarah di Pulau Pinang, kepentingan memelihara tapak warisan dan budaya.

1999-2008