Malaysia

Konteks gerakan komuniti di Malaysia saling berkaitan. Di Asia pula, kepelbagaian budaya dan komuniti merupakan suatu kebiasaan. Bermula dengan penjajahan, Perang Dunia Ke-2 sehinggalah pencapaian kemerdekaan, perpaduan dan pergerakan tidak pernah hilang manakala pengekalan budaya komuniti dan gerakan perlindungan alam sekitar juga tak pernah lekang. Perpaduan yang sama bukan sahaja jelas diamati di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan Sarawak juga di mana Orang Asal menggunakan hanya utasan tali dan badan mereka sendiri menghalang gerombolan kapitalis perompak sumber hutan, mempertahankan komuniti dan keluarga mereka.

Kebanyakan kegiatan komuniti bermula dari bawah di mana konteks pembangunan dan kesedarannya tidak lekang dari pelaksanaan ideologi dan polisi ekonomi oleh institusi negara. Garis masa bukan sahaja menampakkan organisasi komuniti dan pelaksanaan rancangan, ia juga menunjukkan dasar-dasar negara dan ideologi masyarakat. Kegiatan komuniti seakan nadi masyarakat dan negara; tatkala fenomena ketidakseimbangan mula bergolak menjadi polisi negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Negara, setiap generasi akan terasa tempias pengaruhnya.

Kerja lapangan dan penelusuran susur galur komuniti bukan sahaja untuk garis masa semata-mata, malah ia bertujuan sebagai analisa dan pemulaan wacana. Garis masa dapat membawa penerokaan dari sudut yang rencam serta memberikan pemahaman terhadap kerja komuniti dan hubungan antara perkembangannya dengan sejarah negara. Ini membolehkannya dijadikan sebagai rujukan aktivis komuniti dalam memenuhi kebaikan rakyat dan masyarakat serta pemikiran dan perancangan masa hadapan.

1970-1980

Zaman Kebangkitan Golongan Intelektual

Pertembungan politik telah meranapkan keharmonian antara kaum dan meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada negara yang baru ditubuhkan. Gerakan pelajar berada di kemuncak dan pelajar universiti aktif masuk mendampingi masyarakat kampung dan mempertahankan hak golongan petani. Gerakan pelajar kemudiannya telah disekat dan seterusnya dilumpuhkan. Pada masa ini, golongan intelektual tempatan dan yang kembali dari luar negara mula bergerak secara peribadi atau melalui usaha organisasi menjalankan aktiviti penyebaran maklumat melalui penerbitan makalah berkenaan isu kepentingan awam seperti sumber budaya, pelestarian alam semula jadi dan pendidikan serta menggalakkan interaksi kepelbagaian budaya, membolehkan tekanan suasana masyarakat pada masa itu mendapat peleraian yang sewajarnya.

1970

Pilihan raya Sarawak pertama selepas pembentukan Malaysia

1970
Pilihanraya pertama Sarawak selepas penubuhan Malaysia
Maklumat Lanjut
1970

Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua

22 SEPTEMBER 1970
Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua
1971

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971-1990)

1971

Dasar Kebudayaan Kebangsaan  (1971-1990)

Kerajaan mengadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) buat kali pertama di Universiti Malaya, menetapkan tiga prinsip yang berteraskan budaya Melayu dan budaya muslim untuk Kebudayaan Kebangsaan:-

1. Kebudayaan kebangsaan haruslah berteraskan kebudayaan bumiputera Melayu;

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai sebahagian kebudayaan kebangsaan;

3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Pada tahun 1990, Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad mengemukakan konsep Bangsa Malaysia sebagai pengganti kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

1971

Akta Hasutan 1948

1971
Akta Hasutan 1948

Akta yang digubal kerajaan penjajah British untuk menentang Parti Komunis Malaya. Kerajaan Perikatan meminda akta tersebut pada tahun 1971 atas alasan untuk melarang isu sensitif antara kaum daripada dicungkil dalam amalan proses demokrasi harian. Definisi “kecenderungan menghasut” agak kabur, termasuk bahagian mempersoalkan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kontrak sosial. Ia dianggap menyempitkan ruang kebebasan bersuara.

Nota tambahan: Akta Hasutan (pindaan) 2015 menyatakan, mana-mana individu atau kumpulan yang menuntut pemisahan mana-mana negeri di Malaysia, akan dianggap sebagai perbuatan menghasut dan boleh dihukum di bawah akta tersebut. Gerakan referendum untuk menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia antara sasaran utama. Selain itu, definisi frasa “by electronic means” yang dimasukkan ke dalam pindaan seksyen kedua boleh digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara di ruang internet.

1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang digubal pada tahun 1971 telah mencabul autonomi kampus universiti. Sehingga tahun 1975, Menteri Pelajaran ketika itu, Mahathir Mohamad telah berkali-kali meminda akta tersebut, menyekat kebebasan siswa-siswi untuk bersuara, berpersatuan dan melibatkan diri dalam politik.

1971

Dasar Ekonomi Baru

1971

Dasar Ekonomi Baru

Diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), dengan harapan “perpaduan negara” dicapai melalui “pembasmian kemiskinan” dan “penyusunan semula masyarakat”. Ia juga dilihat sebagai strategi pengagihan semula sumber kekayaan negara. Institusi awam dan kerajaan dari pelbagai bidang memasuki pasaran untuk menghasilkan kekayaan. Dasar Ekonomi Baru menggalakkan perpindahan penduduk dari desa ke bandaraya. Sejak tahun 1970-an, populasi yang tinggi berpindah dari kampung ke bandar untuk mencari rezeki, mempercepatkan proses urbanisasi dan komersialisasi.

1974

Demonstrasi Tasek Utara, Johor dan perarakan Baling

1974

Demonstrasi Tasek Utara, Johor dan perarakan Baling

Penduduk Tasek Utara, Johor membina rumah kayu di kawasan tanah lapang kerana tidak memiliki tanah, dan tidak mampu menampung sewa yang tinggi. Pada September 1974, kerajaan tempatan merobohkan rumah secara keras. Penduduk melancarkan perjuangan untuk menuntut hak perumahan. Pada November 1974, kaum petani di Baling, Kedah mengadakan demonstrasi protes di Baling lantaran penurunan harga getah dan inflasi yang melambung.

Perjuangan kedua-dua gerakan ini menarik perhatian siswa-siswi dalam universiti. Mereka keluar dari menara gading untuk menghulurkan sokongan, lantas mencetuskan gelombang gerakan siswa. Seramai 1128 orang siswa-siswi yang menyokong petani Baling di Kuala Lumpur ditangkap polis. Pada 8 Disember 1974, kerajaan melancarkan penangkapan secara besar-besaran dalam perkarangan kampus Universiti Malaya dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ramai siswa yang ditangkap dan ditahan, di samping sesetengah daripadanya melarikan diri ke luar negeri.

Selepas peristiwa ini, kerajaan meminda AUKU sekali lagi, untuk memperketatkan kawalan terhadap kebebasan bersuara dan berpersatuan siswa-siswi.

Peristiwa yang berkaitan: Pada tahun yang sama, Malam Kebudayaan Chun Lei anjuran Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya telah diharamkan persembahannya kerana tergolong sebagai isu sensitif. Pengerusi Jawatankuasa Malam Kebudayaan Chun Lei, iaitu Goh Kean Seng telah ditahan di bawah ISA. Menurut kertas putih yang dibentangkan dalam parlimen pada Disember 1974, Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya terlibat dalam kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, dan diberi arahan untuk diharamkan.

1974

Pindaan Kanun Tanah Sarawak

1974
Pindaan Kanun Tanah Sarawak

Perundangan tanah Sarawak berasal dari Kanun Tanah Negeri Sarawak 1958 yang digubal ketika zaman penjajahan British. Kanun Tanah ini digunakan sehingga kini, dengan beberapa kali pindaan dalam Dewan Undangan Sarawak.

1. Kanun Tanah (Pindaan 1974)

2. Kanun Tanah (Pindaan 1988 dan 1990)

3. Kanun Tanah (Pindaan tahun 1994-1998)

Maklumat Lanjut
1974

Kampung Baru di Sarawak merosot

1974
Kampung Baru di Sarawak merosot

Melainkan Kampung Siburan di Batu 17 yang menyaksikan pembangunan, kampung baru yang lain mula merosot, atau ditukar menjadi tapak perlombongan. Rata-rata tidak mengalami pemodenan, atau pembangunan yang diusahakan kerajaan, sebaliknya hanya bergantung kepada pembangunan organik atas inisiatif masyarakat tempatan.

1975

Rukun Tetangga

1975
Rukun Tetangga

Peraturan-peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 digubal kerajaan. Pada peringkat awal, program ini bertujuan untuk meningkatkan perlindungan keselamatan kawasan kediaman, agar penduduk dapat melindungi kawasan kediaman sendiri, sementara meringankan beban polis, supaya polis ditumpukan untuk menangani kes yang lebih menggugat. Pada tahun 1983, kerajaan mengumumkan program Rukun Tetangga yang baru, dengan menekankan semangat kejiranan dan perpaduan setempat. Dua tahun kemudian, program ini dilanjutkan sehingga Malaysia Timur. Sejumlah 8274 Jawatankuasa Rukun Tetangga ditubuhkan sehingga tahun 2021.

1976

Penubuhan SALCRA – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak

1976
Penubuhan SALCRA – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak
Maklumat Lanjut
1976

Tragedi Double Six

6 JUNE 1976
Tragedi Double Six

Pesawat kecil terhempas. Penumpangnya, Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens, bersama beberapa orang pegawai tinggi kerajaan Sabah terbunuh dalam nahas tersebut. Puncanya menjadi misteri, kerajaan pula tidak mendedahkan laporan siasatan. Justeru itu, ia selalu dikaitkan dengan teori konspirasi.

Kerajaan Sabah dijadualkan untuk menandatangani kontrak petroleum dengan PETRONAS pada hari seterusnya, namun terpaksa dibatalkan. Sehingga 14 Jun, Harris Salleh sebagai Ketua Menteri baru mewakili Sabah untuk menandatangani kontrak tersebut, menerima royalti pada kadar 5%, dan bukannya 20% sebagaimana yang dituntut kerajaan Sabah sebelum ini.

1977
Penubuhan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Penubuhan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

1977
Penubuhan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Sahabat Alam Malaysia (SAM) ditubuhkan, beroperasi dari dua pejabat, dengan satu di Pulau Pinang dan satu di Sarawak. Misi utamanya adalah untuk mendukung keadilan alam persekitaran, memastikan pembangunan lestari dan tidak menjejaskan alam semula jadi. Selain itu, mereka berprihatin terhadap keadilan sosial, menghormati orang asal, petani, nelayan dan hak komuniti tempatan ke atas sumber semula jadi, juga isu kesamarataan gender dan sebagainya.

Laman WebFacebook
1977

Persatuan Aliran Kesedaran Negara

1977
Persatuan Aliran Kesedaran Negara

Gerakan pembaharuan menuntut demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia pertama yang berbilang kaum di Malaysia. Sejak didaftarkan sebagai pertubuhan pada tahun 1977, ALIRAN mengerah masyarakat massa untuk memupuk kesedaran terhadap isu politik, ekonomi dan sosial. Setelah ditempuh gerakan Reformasi antara tahun 1998 dengan 2000, kesedaran masyarakat semakin meningkat, dan lebih berprihatin terhadap isu penjagaan alam dan tuntutan demokrasi. Laman internet ALIRAN ditubuhkan pada tahun 1997, dan di-digital-kan sepenuhnya pada tahun 2015 untuk menjalinkan lebih banyak komuniti.

Laman Web
1979

Penerbitan Nadi Insan

1979

Penerbitan Nadi Insan

Nadi Insan ialah majalah bulanan politik-sosial, dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai pengantarnya. Diterbitkan Institut Analisa Sosial (INSAN), dan Jomo Kwame Sundaram sebagai Ketua Editornya. Diharamkan kerajaan pada tahun 1983.

1979

Alaigal

1979

Alaigal

Alaigal ditubuhkan oleh graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1992, dengan kebanyakan anggotanya terdiri daripada kaum India. Berteraskan perjuangan pekerja ladang estet, dan aktif di sekitar Ulu Langat. Pada tahun 1998, Alaigal membentuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama SWP (Suara Warga Pertiwi) dan CDC (Community Development Centre).

1980

Gereja Bandar Calvary Tawau, Sabah

1980
Gereja Bandar Calvary Tawau, Sabah

Digelar sebagai Calvary Charismatic Church sebelum ini, dan ditukar nama baru pada tahun 2010, agar mencerminkan pembangunan dan kemajuan gereja.

1980

Majalah Aliran

1980

Majalah Aliran

Majalah Aliran Monthly diterbitkan Persatuan Aliran Kesedaran Negara pada tahun 1980. Pembacanya kebanyakan berasal dari golongan intelektual kelas menengah, dengan jaringan penjualannya berpusat di bandar. Kelarisannya dalam lingkungan 5000 hingga 6000 naskah. Tiada iklan diterima untuk mengelakkan kongkongan kuasa komersial. Anggotanya terlibat secara sukarela sepanjang proses, dari penulisan artikel hinggalah pengiriman. Aliran Monthly bermula dengan tabloid secara bermusim di peringkat awal, ditukar kepada majalah bulanan selepas dua tahun, dan mendapat permit daripada Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1984. Kandungannya merangkumi kupasan dan komentar yang berkisar pada isu politik, institusi kerajaan, skandal rasuah, hak asasi, kebebasan media dan sebagainya.

Laman Web
1981-1998