Malaysia

Konteks gerakan komuniti di Malaysia saling berkaitan. Di Asia pula, kepelbagaian budaya dan komuniti merupakan suatu kebiasaan. Bermula dengan penjajahan, Perang Dunia Ke-2 sehinggalah pencapaian kemerdekaan, perpaduan dan pergerakan tidak pernah hilang manakala pengekalan budaya komuniti dan gerakan perlindungan alam sekitar juga tak pernah lekang. Perpaduan yang sama bukan sahaja jelas diamati di Semenanjung Malaysia, malah di Sabah dan Sarawak juga di mana Orang Asal menggunakan hanya utasan tali dan badan mereka sendiri menghalang gerombolan kapitalis perompak sumber hutan, mempertahankan komuniti dan keluarga mereka.

Kebanyakan kegiatan komuniti bermula dari bawah di mana konteks pembangunan dan kesedarannya tidak lekang dari pelaksanaan ideologi dan polisi ekonomi oleh institusi negara. Garis masa bukan sahaja menampakkan organisasi komuniti dan pelaksanaan rancangan, ia juga menunjukkan dasar-dasar negara dan ideologi masyarakat. Kegiatan komuniti seakan nadi masyarakat dan negara; tatkala fenomena ketidakseimbangan mula bergolak menjadi polisi negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Negara, setiap generasi akan terasa tempias pengaruhnya.

Kerja lapangan dan penelusuran susur galur komuniti bukan sahaja untuk garis masa semata-mata, malah ia bertujuan sebagai analisa dan pemulaan wacana. Garis masa dapat membawa penerokaan dari sudut yang rencam serta memberikan pemahaman terhadap kerja komuniti dan hubungan antara perkembangannya dengan sejarah negara. Ini membolehkannya dijadikan sebagai rujukan aktivis komuniti dalam memenuhi kebaikan rakyat dan masyarakat serta pemikiran dan perancangan masa hadapan.

2009-2020

Kepelbagaian Imaginasi, Perkembangan Komuniti

Penamatan ⅔ majoriti oleh pembangkang di Dewan Rakyat telah membuka mata rakyat yang mengharapkan reformasi sistem politik negara. Aktiviti kemasyarakatan makin pesat berkembang ke arah pembangunan kepelbagaian komuniti dan merentasi pengasingan kaum. Sebahagian gerakan pemuliharaan komuniti pada masa ini banyak menerapkan elemen seni untuk mencapai matlamat memperbaiki kehidupan komuniti itu sendiri.

2009

Kerajaan Sarawak mengumumkan pembinaan Empangan Baram

2009
Kerajaan Sarawak mengumumkan pembinaan Empangan Baram

Kerajaan Sarawak merancang untuk membina Empangan Baram, sebelum berunding dan tanpa restu penduduk Penan. Langkah ini bercanggah dengan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal, yang pernah ditandatangani kerajaan persekutuan Malaysia.

Maklumat LanjutArtikel
2009

Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri

3 APRIL 2009
Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri

Najib Razak nengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009. Setelah mengambil alih tampuk kuasa, Najib melaksanakan program pembaharuan ekonomi, termasuk pengumuman Model Ekonomi Baru (NEM) untuk mereformasi Dasar Ekonomi Baru (NEP) yang dilaksanakan untuk lebih 40 tahun. Langkah ini untuk menjana pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

2009

Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Cina Kelantan

25 JULAI 2009
Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Cina Kelantan

Mengumpul, menyelidik dan mengkaji sejarah kedatangan Cina ke Kelantan sejak lebih 300 tahun dahulu.

Facebook
2009

Love Community Centre

DISEMBER 2009
Love Community Centre

Bermula pada tahun 2003, Love Community Centre menjalin hubungan persahabatan yang erat dan semangat berpasukan yang baik dengan siswa-siswi dari institusi pendidikan tinggi dan golongan belia dari komuniti. Atas semangat membalas budi dan berkhidmat untuk masyarakat, mereka mengambil keputusan untuk menterjemahkan idealisme kepada aksi. Maka, mereka menubuhkan Love Community Centre pada Disember 2009, untuk berkhidmat kepada komuniti dan mencurahkan keprihatinan terhadap kampung halaman. Mereka membina wadah untuk mempromosi pendidikan dan kebudayaan, dan cuba bereksperimen dengan model perusahaan sosial.

Laman Web
2009

FRINJAN

2009
FRINJAN

Bermula pada tahun 2003, Love Community Centre menjalin hubungan persahabatan yang erat dan semangat berpasukan yang baik dengan siswa-siswi dari institusi pendidikan tinggi dan golongan belia dari komuniti. Atas semangat membalas budi dan berkhidmat untuk masyarakat, mereka mengambil keputusan untuk menterjemahkan idealisme kepada aksi. Maka, mereka menubuhkan Love Community Centre pada Disember 2009, untuk berkhidmat kepada komuniti dan mencurahkan keprihatinan terhadap kampung halaman. Mereka membina wadah untuk mempromosi pendidikan dan kebudayaan, dan cuba bereksperimen dengan model perusahaan sosial.

Laman Web
2010

Kutipan derma Malaysiakini untuk “Pertubuhan Wartawan dan Penulis Untuk Orang Asal”

2010

Kutipan derma Malaysiakini untuk “Pertubuhan Wartawan dan Penulis Untuk Orang Asal”

Keratan AkhbarMaklumat Lanjut
2010

Greater Kuala Lumpur

2010
Greater Kuala Lumpur

Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan Program Transformasi Ekonomi untuk Greater Kuala Lumpur, membina bandar yang selesa untuk didiami dengan perumahan mewah, pusat beli belah yang besar, bangunan pencakar langit dan pusat kewangan; lantas memulakan projek pengindahan dan pembersihan sungai serta projek Mass Rapid Transit (MRT). Dua daripada projek di bawah Greater Kuala Lumpur melibatkan komuniti jalan bersejarah di Kuala Lumpur, iaitu projek MRT dan Menara Warisan Merdeka 118, yang memberi kesan kepada Jalan Sultan.

2010

Radio Free Sarawak

2010

Radio Free Sarawak

Stesen radio yang mengetengahkan persoalan untuk menarik perhatian umum terhadap komuniti desa dan pedalaman di Sarawak. Penduduk berpeluang untuk mengemukakan pandangan mereka tentang isu yang sedang dihadapi sendiri, lantas menembusi monopoli stesen radio tradisional. Selain itu, Radio Fress Sarawak juga menemui dan menyelesaikan masalah komuniti melalui pakar dan aktivis sosial.

Laman WebFacebook
2010

Sarawak Report

2010
Sarawak Report

Portal media independen yang diasaskan Clare Rewcastle Brown pada tahun 2010, dengan liputan utamanya diberikan kepada berita di Sarawak, Malaysia. Ibu pejabatnya terletak di London, United Kingdom. Bertujuan untuk menyalurkan maklumat yang telus kepada pembaca, menembusi monopoli media oleh politikus, mendedahkan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Sarawak, pada masa yang sama melaporkan skandal 1MDB.

2010

Pangrok Sulap

2010

Pangrok Sulap 

 

“Pangrok” dalam bahasa Dusun bermaksud “muzik punk”; “Sulap” pula merujuk kepada pondok kecil di mana petani Borneo berehat. Pangrok Sulap ialah koperasi yang menghimpunkan seniman tempatan, ahli muzik dan aktivis sosial, dengan misi untuk memperkasa penduduk desa dan pedalaman melalui seni. Mereka menyampaikan mesej dengan karya cukil kayu, malah mendukung semangat “Jangan Beli, Bikin Sendiri”. Mereka mempersembahkan kisah orang asal dalam bentuk seni, dan menggalakkan orang umum untuk terlibat dalam penghasilan karya seni.

Laman WebFacebook
2010

Sarawak Report mendedahkan bukti bahawa projek Empangan Bakun tidak selamat

2010

Sarawak Report mendedahkan bukti bahawa projek Empangan Bakun tidak selamat

Maklumat LanjutArtikel
2010

Kelab Bangsar Utama

2010
Kelab Bangsar Utama 

Studio Radio Bangsar Utama merupakan satu ruang rakaman radio internet yang mempunyai pelbagai fungsi. Ia menjadi pentas untuk talk-show, juga persembahan muzik dan penayangan dokumentari.

Facebook
2010

Chow Kit Kita

2010
Chow Kit Kita

Satu projek pemetaan komuniti dari remaja dan untuk remaja di kawasan Chow Kit dan Kampung Baru. Ia bertujuan untuk mengubah persepsi awam terhadap komuniti tersebut, dan menyelesaikan situasi rasa malu yang dihadapi remaja di sekolah lantaran tempat mereka berasal.

2010

Liputan khas Bakun dalam Program RTM dihentikan

APRIL 2010

Liputan khas Bakun dalam Program RTM dihentikan

Maklumat LanjutKeratan Akhbar
2010

Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown

21 APRIL 2010
Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown

Mendedahkan orang awam kepada warisan ketara dan tidak ketara di George Town melalui aktiviti sambutan yang sarat dengan kepelbagaian budaya dan tradisional, selain menyambut bersama penduduk dan komuniti tempatan pengumuman George Town sebagai Bandar Tapak Warisan Dunia.

Facebook
2010

Penjara Pudu Diroboh

21 JUN 2010

Penjara Pudu Diroboh

 

Penjara Pudu (Pudu Jail) yang mempunyai sejarah 115 tahun dirobohkan pada malam 21 Jun 2010.

2010

Projek Seni Komuniti Pudu

2010

Projek Seni Komuniti Pudu

 

Projek Seni Komuniti Pudu ialah projek seni yang berasaskan sejarah kemanusiaan dan keprihatinan komuniti. Mengisahkan sejarah Pudu yang lebih menyeluruh melalui kegiatan bersiri, termasuk sejarah lisan, pemetaan komuniti, penerangan sejarah, bengkel multimedia “Pudu Saya”, pameran seni hiasan dan persembahan “Moon Walk” dengan tema yang berbeza.

2010

Kemarau Empangan Bakun

OKTOBER 2010

Kemarau Empangan Bakun

 

Maklumat Lanjut
2010

Pembinaan Empangan Murum dimulakan tanpa kelulusan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar)

2010

Pembinaan Empangan Murum dimulakan tanpa kelulusan EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar)

 

Maklumat Lanjut
2011

Jawatankuasa Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL)

2011
Jawatankuasa Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL)

Ditubuhkan penduduk Kuantan, dan dipengerusikan Tan Bun Teet. Pertubuhan ini tetap bersungguh-sungguh untuk meneruskan perjuangan anti-Lynas pada tahun 2019.

Laman Web
2011

Projek Seni Komuniti di Melaka

2011
Projek Seni Komuniti di Melaka

Aktivis seni dari Kuala Lumpur dan Melaka berkampung di komuniti Perigi Hang Li Poh pada bulan Julai untuk menjalankan projek komuniti bersama Jawatankuasa Festival Chong Yang di Bukit China. Antaranya, sejarah lisan, pemetaan komuniti Bukit China dan Perigi Hang Li Poh, sketch bangunan, mengadakan forum komuniti, pameran kedai kopi dan lain-lain.

Facebook
2011

Inisiatif Taman Keamanan Penan (Penan Peace Park)

17 NOVEMBER 2011

Inisiatif Taman Keamanan Penan (Penan Peace Park)

200 orang kaum Penan berkumpul di majlis perisytiharan Taman Keamanan Penan di Long Ajeng. Ketua Kampung, Jawa Nyipa berkata, “Pemuliharaan hutan adalah keutamaan kami. Tiada hutan, maka tiadalah kami. Kami panggil taman ini sebagai ‘Taman Keamanan’ kerana keamanan adalah konsep penting dalam budaya kami.”

Menurut perisytiharan tersebut, Taman Keamanan Penan merupakan keputusan orang Penan.

Maklumat Lanjut
2011

Little Giraffe Story House

2011
Little Giraffe Story House

Bertapak di Batu 11 Cheras, bertempat di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas sebelum ini. Kemudiannya diubahsuai dari rumah sewaan di kampung baru yang memiliki nilai sejarah. Perpustakaan ini menjadi ruang untuk aktiviti perkhidmatan komuniti, dan galeri untuk pendidikan keluarga dan kanak-kanak yang menuju ke zaman remaja. Ia menggalakkan ibu bapa agar menemani anak mereka untuk membaca bersama, mengubah suasana kebudayaan dalam komuniti, dan juga sebagai ruang untuk pencerahan minda dan fikiran bagi kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Facebook
2011

Lembah Harapan (Valley of Hope)

2011
Lembah Harapan (Valley of Hope)

Ditubuhkan pada tahun 2011 oleh sekumpulan sukarelawan yang bertekad untuk memelihara sejarah kebudayaan komuniti di Pusat Kawalan Kusta. Dengan maklumat yang terkumpul dan penyelidikan yang dicatat, mereka menemukan pesakit kusta dengan anggota keluarga yang terpaksa dipisahkan puluhan tahun dahulu. Mereka juga mempertahankan sejarah dan warisan budaya di Lembah Harapan, di samping mengikis prejudis dan diskriminasi awam terhadap pesakit kusta dan keluarga mereka.

Laman Web
2011

Tamparuli Living Arts Centre (TaLAC)

2011

Tamparuli Living Arts Centre (TaLAC)

NGO kebudayaan di Tamparuli, Sabah. Sebagai pusat seni hidup dan budaya untuk komuniti tempatan dan pelancong asing, TaLAC memiliki dua buah bangunan kayu dan sebuah taman tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tempatan. Pusat ini menyediakan ruang untuk pengkarya seni merakamkan pembangunan dan warisan budaya tempatan, juga menampilkan kreativiti dan seni budaya tempatan.

Facebook
2011

Projek Lightup Borneo

2011

Projek Lightup Borneo

 

NGO yang ditubuhkan oleh aktivis sosial, Ong Boon Keong, membantu orang asal di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan bekalan elekrik dan kemudahan pencahayaan dengan penjanaan kuasa hidroelektrik. Dengan bekalan elektrik dan kemudahan pencahayaan, maka dipercayai bahawa orang asal boleh mendapat informasi yang cukup untuk menyedari hak mereka.

Facebook
2011

Hotel Tradisional Kampung Terrapuri

2011
Hotel Tradisional Kampung Terrapuri

 

Projek perlindungan dan pemuliharaan bangunan klasik di Terengganu, dengan tujuan untuk menyelamatkan dan memperbaiki rumah klasik yang memiliki ratusan tahun sejarahnya di Terengganu. Bukan sahaja orang awam berpeluang menghayati seni bina bangunan Melayu, tetapi juga mendedahkan tukang kayu yang muda kepada warisan rumah klasik di Terengganu. Gaya istana Terengganu pada abad ke-17 ditiru, tersergamnya 29 buah rumah yang memiliki sejarah ratusan tahun. Rumah yang bersejarah ini kini diubahsuai menjadi rumah penginapan.

Laman Web
2011

Pemansuhan ISA

2011
Pemansuhan ISA

Pada Ogos 2011, Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang penuh kontroversi. Akta ini digantikan dengan SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012).

2011

SAVE Rivers

2011

SAVE Rivers

Terdiri daripada beberapa pertubuhan gerakan sosial di Sarawak, membantu penduduk kawasan kampung untuk melindungi tanah dan sungai mereka melalui pendekatan penyelidikan, pendidikan, penerangan dan sebagainya. Tujuan awal penubuhannya adalah untuk menghalang pembinaan Empangan Baram. Setelah rancangan pembinaan empangan dibatalkan pada tahun 2016, gabungan ini melibatkan diri dalam perjuangan mempertahankan hak orang asal dan melindungi alam sekitar.

Laman Web
2011

Gerakan anti-Lynas di Kuantan (2011-kini)

2011

Gerakan anti-Lynas di Kuantan (2011-kini)

New York Times mendedahkan pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan pada tahun 2011. Berita ini mencungkil kebimbangan penduduk Kuantan kerana berlakunya kejadian kemusnahan loji kuasa nuklear Fukushima pada 11 Mac 2011. Selain itu, ingatan terhadap kilang pemprosesan nadir bumi Bukit Merah pada tahun 1980-an juga digilap semula.

2011

Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

2011

Jalan Sultan, Kuala Lumpur

 

Transit Aliran Deras Lembah Klang (MRT) ialah projek yang dibangunkan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10. Laluan Sungai Buloh-Kajang melibatkan pengambilalihan tanah dan pembinaan landasan bawah tanah di Jalan Petaling. 34 unit penghuni di Jalan Sultan dan 68 unit penghuni di Bukit Bintang terkesan dengan projek tersebut. Jalan Petaling merupakan sebuah komuniti yang mempunyai sejarah ratusan tahun, sarat dengan sejarah kemanusiaan. Lantas, projek ini mencungkil bantahan daripada golongan seniman dan aktivis sosial. Untuk tempoh dua tahun, mereka mengadakan pelbagai program seni dan silang budaya di komuniti Jalan Petaling, sebagai penentangan terhadap projek ini.

Artikel
2011

Perjuangan Menentang Projek RAPID (Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) di Pengerang, Johor (2011-2015)

2011

Perjuangan Menentang Projek RAPID (Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) di Pengerang, Johor (2011-2015)

Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa PETRONAS akan melabur RM60 bilion untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, dengan tanah berkeluasan 6000 ekar. 7 buah kampung, 5 tanah perkuburan yang bersejarah, 7 buah tokong dan 6 buah sekolah tempatan berdepan dengan nasib dipindahkan, untuk memberi laluan kepada projek RAPID.

2011

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011

2011
Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011

Undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada polis untuk meluluskan atau mengharamkan sebarang perhimpunan, dan menggunakan kekerasan pada tahap tertentu untuk menyuraikan perhimpunan.

2011

Anak-beranak orang asal dibelasah pembalak di bahagian hulu Empangan Gerugu, Sarikei

FEBRUARI 2011

Anak-beranak orang asal dibelasah pembalak di bahagian hulu Empangan Gerugu, Sarikei

Maklumat Lanjut
2011

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011

9 Julai 2011
Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011

 

BERSIH menganjurkan Himpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Mobilisasi melalui internet berjaya menarik kehadiran kira-kira 50 ribu orang. Himpunan BERSIH 2.0 merupakan penentangan yang paling sengit dalam sejarah BERSIH.

Dua minggu sebelum himpunan berlangsung, polis memulakan penangkapan aktivis yang terlibat dengan menggunakan Ordinan Darurat. Gas pemedih mata dan meriam air ditembak secara bertalu-talu ketika menyuraikan himpunan. Ramai yang tercedera, dan salah seorang peserta meninggal dunia.

Susulan daripada himpunan ini, kerajaan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dianggotai ahli parlimen blok kerajaan dan pembangkang untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan proses pilihan raya Malaysia. Pada Ogos 2011, kerajaan mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), digantikan dengan dua akta baru untuk melindungi keselamatan awam, dan menamatkan tiga proklamasi darurat yang masih berkuat kuasa ketika itu. Pada akhir tahun, kerajaan membentangkan RUU Perhimpunan Aman, melonggarkan syarat permohonan untuk berhimpun.

Keratan Akhbar
2012

Petaling Street News

2012
Petaling Street News

Akhbar komuniti yang bersuara untuk isu awam dan budaya dalam komuniti Kuala Lumpur.

Facebook
2012

Kemasukan Industri Skala Besar di Sarawak

2012

Kemasukan Industri Skala Besar di Sarawak

Untuk menarik industri besar ke Sarawak, kerajaan merancang projek hidroelektrik yang bekalan tenaganya jauh lebih tinggi daripada keperluan. 9 bulan pertama pada tahun 2012, Sarawak telah menarik 38 projek pelaburan langsung asing (FDI) yang bernilai RM8.5 bilion, termasuk Loji Peleburan Aluminium (ASP) pertama di Malaysia yang bertapak di Balingian. Penduduk berdekatan mengalami gejala keracunan beransur-ansur seperti masalah kulit, kesesakan nafas dan sebagainya. Sumber bekalan air penduduk tempatan juga didapati berbuih. PMETAL kini memiliki dua buah loji peleburan aluminium di Sarawak.

2012

Himpunan Hijau 2.0

2012

Himpunan Hijau 2.0

Himpunan Hijau mengadakan himpunan pertama di Kuantan pada 9 Oktober 2011, untuk mengumpul beberapa pertubuhan anti pencemaran alam yang aktif dalam negara. Namun, tuntutannya tidak dipenuhi. Pada Januari 2012, mereka kembali dengan Himpunan Hijau 2.0, mengadakan himpunan di Kuantan pada 26 Februari. Antara yang hadir termasuklah penduduk tempatan, Jawatankuasa Anti-Sianida Bukit Koman, Gabungan Anti Insinerator Cameron Highlands, wakil orang asal, Jawatankuasa Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang dan lain-lain.

Pertubuhan anti nadir bumi di negeri Pahang telah mengadakan pelbagai aktiviti protes di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun itu, untuk menentang keputusan kerajaan membenarkan syarikat Australia, Lynas untuk membina kilang pemprosesan nadir bumi di Kuantan.

Tiga matlamat Himpunan Hijau 2.0: Pertama, tamatkan segera operasi kilang pemprosesan nadir bumi Lynas; Kedua, hentikan, atau menilai semula semua projek yang berbahaya; Ketiga, memastikan semua projek pembangunan mematuhi prinsip Piagam Bumi.

2012

Orang asal memohon referendum untuk pembinaan empangan di Sarawak

2012

Orang asal memohon referendum untuk pembinaan empangan di Sarawak

 

Kerajaan Malaysia merancang untuk membina 12 buah empangan mega di Sarawak. Kesemuanya dibantah penduduk tempatan, malah dipohon agar referendum diadakan untuk menentukan sama ada empangan itu harus dibina.

150 orang asal dan wakil pertubuhan bermesyuarat di Miri, menuntut agar kerajaan Sarawak menyelesaikan masalah yang timbul daripada kesan kilang penjanaan hidroelektrik sedia ada, malah menghentikan pembinaan lebih banyak kilang elektrik untuk menampung pembangunan industri.

Mesyuarat mencapai persetujuan bahawa kerajaan harus menghormati hak rakyat untuk membantah projek pembinaan empangan, terutamanya penduduk yang menerima kesan secara langsung daripada projek tersebut. Mereka menyeru agar kerajaan membangunkan kilang hidroeletrik yang kecil, tenaga solar, tenaga angin dan biomass sebagai pengganti kepada empangan mega.

Keratan Akhbar
2012

Dapur Jalanan Kuala Lumpur

2012
Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Atas kesedaran terhadap warisan budaya dan hak asasi manusia, pertubuhan ini menyediakan makanan kepada gelandangan dan golongan terpinggir di kota, bertempat di Pejabat Pos tertua di Kuala Lumpur, Jalan Panggong pada setiap Ahad, di samping mendukung nilai warisan bersejarah. Program ini menarik penglibatan siswa-siswi dan aktivis sosial. Mereka juga mengadakan aktiviti budaya di jalanan dari masa ke masa.

Laman WebFacebook
2012

Gerakan Petisyen Bantahan Empangan Baram

2012

Gerakan Petisyen Bantahan Empangan Baram

 

Sekumpulan belia orang asal Malaysia melancarkan petisyen di AVAAZ.com untuk membantah pembinaan empangan di Malaysia-Sarawak-Baram.

Keratan Akhbar
2012

Taiping Shuntak Association Restoration Committee

2012
Taiping Shuntak Association Restoration Committee

Persatuan Shuntak Taiping diasaskan pada tahun 1896, menjadi tempat berkumpul orang sekampung Shuntak Taiping sejak ditubuhkan. Pada Jun 2012, Persatuan Shuntak menubuhkan Taiping Shuntak Association Restoration Committee, memulakan kerja pemuliharaan bangunan yang memiliki sejarah ratusan tahun ini. Mereka berharap usaha ini mencungkil perhatian persatuan-persatuan di Malaysia untuk memulihara tapak warisan sejarah, dan meningkatkan kesedaran pemeliharaan warisan sejarah dan kebudayaan.

Selain mengekalkan bangunan persatuan yang bersejarah ini, tujuan pemuliharaan juga temasuklah menyuntik kedinamikan ke dalam organisasi, menyusun semula persatuan, dan mencari strategi untuk mengusahakan persatuan secara lestari.

2012

Sekatan Jalan di Empangan Murum

2012

Sekatan Jalan di Empangan Murum

Projek Empangan Murum yang hampir siap dibina tidak menawarkan pampasan dan penempatan semula yang memuaskan. Lantas penduduk tempatan membina sekatan jalan pada September 2012, untuk tempoh lima minggu. Pada 26 September, 200 orang penduduk kaum Penan dan Kenyah membina sekatan di jalan besar Empangan Murum.

Pada 27 Ogos 2013, kira-kira 100 orang Penan mengadakan sekatan jalan kedua untuk menentang projek empangan mega Murum. Pada 4 September, kerajaan negeri dan SEB mengundang pemimpin Penan di kawasan Murum untuk berunding. Sekatan jalan dihentikan sementara. Kemudiannya, penduduk Long Wat yang kekurangan sumber menerima syarat rundingan, bersetuju untuk berpindah ke Tegulang.

Pada 19 September, orang Penan meneruskan sekatan jalan di tapak empangan mega Murum. Pada 21 September, beberapa orang penduduk Long Wat mendapati rumah panjang telah dibakar, sampan juga ditenggelamkan ketika pulang untuk mengambil barangan. Lantaran proses pemindahan yang tergesa-gesa, ramai penduduk tidak sempat membawa bersama harta barangan dan binatang ternakan mereka. Pada hari yang sama, Empangan Murum ditutup tiba-tiba untuk menyekat air.

Pada 22 Oktober, kira-kira 300 orang Penan membuat sekatan di jalan menuju Empangan Murum, memohon agar kerajaan menerima 7 tuntutan mereka, iaitu memperuntukkan tanah seluas 25 hektar kepada orang Penan, menyediakan ruang kediaman yang memadai di lokasi yang sesuai, menyediakan bekalan air dan elektrik yang percuma, pampasan RM50 untuk setiap unit rumah, pampasan yang wajar untuk tumbuhan yang dimusnahkan, dana bantuan RM1000 setiap bulan, peruntukan 10% daripada keuntungan projek Empangan Murum untuk orang Penan.

Keratan Akhbar
2012

Himpunan BERSIH 3.0

APRIL 2012
Himpunan BERSIH 3.0

 

Pada April 2012, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membentangkan laporannya. Daripada 8 tuntutan BERSIH, hanya 1 daripadanya diterima; daripada 10 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas kepada SPR, hanya dua diterima sepenuhnya. Untuk mendesak reformasi pilihan raya, BERSIH melancarkan kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”, dan menganjurkan himpunan sekali lagi.

Pada tahun yang sama, pertubuhan yang menolak Lynas di Kuantan, iaitu Himpunan Hijau juga mengadakan perhimpunan pada hari yang sama, untuk membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, dan menuntut agar kerajaan menghentikan operasi kilang Lynas. Gabungan kedua-duanya menjadikan himpunan ini bertemakan warna Hijau-Kuning (warna BERSIH).

Penembakan gas pemedih mata mencetuskan pertembungan sengit antara polis dengan peserta himpunan. Kereta polis dikepung, wartawan media dibelasah, dan terdapat juga anggota polis yang tercedera. KDN mengesahkan bahawa sejumlah 967 butiran gas pemedih mata ditembak pada hari tersebut.

2013

Baramkini

2013

Baramkini

Sebagai jambatan yang menyalurkan maklumat antara bandar dengan pedalaman. Suara orang asal di Baram, kawasan pedalaman Sarawak disalurkan ke bandar melalui pameran dan aktiviti pelancongan; sementara orang bandar digalakkan untuk turun ke kampung dan menawarkan perkhidmatan serta pendidikan, membantu orang asal di kampung untuk membentuk identiti budaya mereka.

Laman WebFacebook
2013

Pameran Foto Baramkini

2013

Pameran Foto Baramkini

Sejak September 2013, pasukan Baramkini menjelajah ke merata tempat untuk mengadakan pameran foto, menjual T-shirt dan poskad, mengutip dana untuk menampung kos aktiviti seterusnya. Mereka juga mengadakan aktiviti dengan nama “Pinjamkan dinding anda kepada saya”, menampal karya foto Baram di kedai kopi untuk tempoh sebulan, dan mengadakan sesi perkongsian selepas itu.

2013

SAVE Rivers mengumumkan penubuhan pasukan siasatan

2013

SAVE Rivers mengumumkan penubuhan pasukan siasatan

Pada awal tahun 2013, SAVE Rivers menubuhkan pasukan siasatan untuk meneliti kes pencabulan hak asasi dan penguatkuasaan yang tidak adil. Pasukan ini digesa untuk meneliti sama ada tindakan Sarawak Energy Berhad telah melanggar Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal yang diiktiraf dunia antarabangsa.

2013

Gerakan menyekat jalan di Empangan Baram

2013

Gerakan menyekat jalan di Empangan Baram

 

Orang asal yang terdiri daripada kaum Penan, Kenyah dan Kayan telah membina sekatan di satu-satunya jalan menuju ke tapak projek untuk menghalang pembinaan Empangan Baram. Penduduk berdepan dengan pelbagai masalah, misalnya persekitaran kediaman, tahap kebersihan dan sebagainya. Pada peringkat permulaan, mereka tidak dapat bekerja kerana terpaksa berkampung dan bertahan di sekatan jalan; kemudian, mereka mampu menyusun atur dan membahagikan kerja masing-masing, di mana 20 orang akan ditugaskan untuk menjaga di tapak sekatan, dan yang selebihnya ditugaskan untuk memburu atau bertanam. Mereka menjalankan tugas secara bergiliran.

2013

Banjir di Cameron Highlands

2013
Banjir di Cameron Highlands

Cameron Highlands yang lebih 1000 meter dari aras laut telah dilanda banjir besar beberapa kali sejak tahun 2013. Menurut media, banjir besar berlaku di Cameron Highlands lantaran aktiviti pembalakan haram yang berleluasa sejak beberapa bulan lalu. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada ketika itu, G.Palanivel berpandangan bahawa tiada kaitan langsung antara banjir besar dengan pembalakan, sebaliknya menganggap banjir itu berlaku kerana bencana alam semulajadi.

Pada 23 Oktober 2013, banjir berlaku apabila empangan di Ringlet melepaskan air secara tiba-tiba, berakhir dengan tragedi 4 maut. Penduduk Cameron Highlands kemudian menuntut pampasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhirnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa TNB harus bertanggungjawab ke atas kecuaiannya. Empangan ini siap dibina pada tahun 1963, namun hanya memasang alat pengukuran aliran air selepas setahun setelah kejadian tersebut berlaku.

2013

Protes aman di luar parlimen untuk membantah pembinaan empangan mega di Sarawak

2013

Protes aman di luar parlimen untuk membantah pembinaan empangan mega di Sarawak

 

Sekumpulan peserta telah mengadakan satu protes aman di depan bangunan parlimen untuk membantah pembinaan empangan mega di Sarawak. Poster menolak empangan Murum dan empangan Baram dijulang, dan mereka menuntut agar kerajaan menghormati permintaan dan keperluan orang asal, serta menghentikan pembinaan empangan.

Artikel
2013

Impian Sarawak

2013

Impian Sarawak

“Impian Sarawak” ialah inisiatif DAP untuk menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di kawasan pedalaman Sarawak, yang mana tanggungjawab dan misi ini sepatutnya berada di atas bahu parti pemerintah, iaitu BN ketika itu.

2013

Pusat Sekitar Seni Copy

2013
Pusat Sekitar Seni

Pusat kesenian komuniti yang berprihatin terhadap isu alam sekitar, seni dan pendidikan di Batu Pahat, Johor. Menghasilkan karya seni untuk komuniti, dan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam komuniti.

2013

Jurutera Tanpa Sempadan cawangan Sarawak-Malaysia (EWBM-Sarawak, Engineers Without Borders Malaysia- Sarawak)

2013

Jurutera Tanpa Sempadan cawangan Sarawak-Malaysia (EWBM-Sarawak, Engineers Without Borders Malaysia- Sarawak)

NGO non-profit, cawangan Sarawak-Malaysia untuk pertubuhan Jurutera Tanpa Sempadan yang diiktiraf antarabangsa. Dengan pengetahuan yang dikuasai pelajar, ahli akademik dan profesional Malaysia, mereka menjalani projek yang memanfaatkan komuniti miskin. Tumpuan diberikan kepada kelestarian alam sekitar dan memperkasa daya komuniti.

Facebook
2013

Pencerobohan Lahad Datu, Sabah

FEBRUARI 2013
Pencerobohan Lahad Datu, Sabah

Ratusan militan Sulu mencerobohi Lahad Datu, Sabah untuk menuntut hak ke atas wilayah Sabah. Lebih sebulan pasukan keselamatan Malaysia bertembung dengan militan Sulu, dengan pengorbanan 12 nyawa. Krisis ini diselesaikan akhirnya. Sejumlah 68 orang militan Sulu ditembak mati, dan selebihnya ditangkap. Antaranya, 9 orang pemimpinnya dijatuhkan hukuman mati.

2013

Sarawak Energy Berhad menyelindung butiran ancaman keselamatan Empangan Murum

2014
Sarawak Energy Berhad menyelindung butiran ancaman keselamatan Empangan Murum

Sarawak Report mendedahkan bahawa berlakunya kecacatan yang boleh mengundang malapetaka dalam pemasangan turbin di Empangan Murum. Namun, Sarawak Energy Berhad memilih untuk menyorok butiran ini sungguhpun mengetahui apa yang telah berlaku dan menyedari risikonya.

Keratan Akhbar
2013

300 orang kaum asal memprotes di depan kongres antarabangsa

MEI 2013

300 orang kaum asal memprotes di depan kongres antarabangsa

 

Kongres antarabangsa bertemakan “Advancing Sustainable Hydropower” anjuran Persatuan Tenaga Air Antarabangsa (IHA) diadakan di Kuching, Sarawak. 300 orang kaum asal Sarawak dari 9 suku kaum telah hadir di depan lokasi di mana kongres berlangsung, menuntut agar kongres memberi perhatian kepada kesan pembinaan empangan mega di Sarawak. Menurut SAVE Rivers, orang asal yang menyertai demonstrasi ini termasuklah kaum Penan, Kayan, Kenyah dan Iban, yang mana kehidupan mereka terkesan dengan projek empangan di Bengoh, Murum, Bakun, Baram dan Limbang. Mereka mengangkat sepanduk yang membawa mesej “Hormati Hak Orang Asal”, “Hentikan Empangan Baram”, dan “IHA jangan bersekongkol dengan regim korup”.

Keratan Akhbar
2013

Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013

5 MEI 2013

Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013                 

Malaysia mengadakan PRU13 pada 5 Mei 2013. Barisan Nasional menang dengan kerusi majoriti tetapi undi popularnya tidak melebihi 50%. PRU13 menyaksikan persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia. Menjelang hari pengundian, keghairahan masyarakat sivil memuncak dengan slogan “Ini kali-lah!”. Pengundi diseru untuk keluar mengundi, agar sejarah Malaysia menyaksikan pertukaran kerajaan persekutuan buat kali pertama. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kadar peratusan mengundi mencatat rekod tertinggi dalam sejarah, iaitu kira-kira 80%.

Keputusan PRU13 mengecewakan rakyat yang menaruh harapan untuk reformasi politik. Untuk satu jangka masa, masyarakat sivil diselubungi suasana kemurungan. Namun, tidak kurang juga generasi muda yang melibatkan diri dalam pembaharuan politik ketika PRU13, mengambil keputusan untuk pulang ke kampung masing-masing, menggerakkan reformasi sosial dengan aktiviti komuniti.

Keratan Akhbar 1Keratan Akhbar 2
2013

Himpunan Blackout 505

8 MEI 2013
Himpunan Blackout 505

Keputusan PRU13 mencungkil kontroversi penyelewengan dan manipulasi. Tiga hari selepas hari pengundian, gandingan parti pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat menyatakan protes terhadap SPR kerana ketidakadilan yang berlaku, malah meluahkan ketidakpuasan terhadap kerajaan BN dan mengecam kenyataan berbaur perkauman. Dengan slogan “Suara Rakyat, Suara Keramat”, rakyat dikerah untuk berhimpun dengan pakaian hitam di Stadium Kelana Jaya pada malam 8 Mei, sebagai protes terhadap pilihan raya yang tidak adil. Polis menahan beberapa orang aktivis dan peserta himpunan dengan Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman selepas himpunan itu diadakan. Pakatan Rakyat kemudian menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan siri himpunan yang bertemakan Blackout 505, atau gelombang Hitam.

2013

Street Voice

SEPTEMBER 2013

Street Voice

Street Voice diterbitkan Genta Media pada 15 September 2013, dilampirkan bersama The Rocket. Ia dinamakan Street Voice, kerana yakin bahawa jalanan boleh menjadi ruang yang sarat dengan pelbagai suara, untuk warga sivil yang berautonomi. Jalanan adalah gelanggang politik dalam kehidupan harian. Street Voice akhirnya tamat operasi pada tahun 2016.

 

Pengasas Street Voice, Cheong Wey Jin: Koleksi Ulangtahun Street Voice: Siapa Street Voice?

Keratan Akhbar

《街報Street Voice》電子收藏

Laman Web
2013

Gerakan Mempertahankan Kampung Hakka Mantin, Negeri Sembilan

31 OKTOBER 2013

Gerakan Mempertahankan Kampung Hakka Mantin, Negeri Sembilan

Kampung Hakka Mantin ialah petempatan kampung Hakka yang paling bersejarah, dimulakan lantaran aktiviti perlombongan pada abad ke-19. Pada tahun 2011, syarikat pemaju Mega9 Sdn Bhd mendakwa bahawa pihaknya memiliki hak ke atas tanah Kampung Hakkan Mantin, dan meroboh kira-kira 10 unit rumah secara kasar pada 31 Oktober 2013. Penduduk cuba menghalang kemaraan jentolak dengan susuk tubuh, namun gagal.

Pada tahun yang sama, mereka menubuhkan Rakan Mantin, untuk mempertahankan dan mempromosi kebudayaan komuniti, meningkatkan kesedaran penduduk terhadap identiti komuniti tempatan dan memperkenalkan komuniti Kampung Hakkan Mantin kepada orang luar.

2013

13 orang asal kaum Penan menyerahkan memorandum di Parlimen

2013

13 orang asal kaum Penan menyerahkan memorandum di Parlimen

 

Dari 20 hingga 22 November, 13 orang kaum Penan dari Murum telah menyerahkan memorandum di Bukit Aman, Kuala Lumpur dan Parlimen, sebagai protes terhadap projek Empangan Murum.

Artikel
2014
Promethean Fire Review (2014-2016)

Promethean Fire Review (2014-2016)

2014

Promethean Fire Review (2014-2016)

Promethean Fire Review, satu portal komentar yang dibuka pada Mei 2014. Dengan cogan kata, “Bergendang dalam rumah besi, Berpelita dalam kegelapan”, laman ini menerokai ruang wacana yang berjiwa bebas dan kritis, berprihatin terhadap isu awam, menawarkan analisis yang mendalam, mendedahkan pembaca kepada pandangan yang berbeza dengan arus perdana.

Promethean Fire Review berhenti sementara untuk tempoh enam bulan mulai Januari 2016, merancang untuk menyusun langkah seterusnya dengan sumber yang terbatas. Namun rancangannya untuk kembali beroperasi pada Jun 2016 tidak tercapai, sehingga hari ini.

Laman Web
2014

Penang City Eye

2014

Penang City Eye

 

Penang City Eye, majalah tempatan percuma di Pulau Pinang, dengan slogan “berprihatin terhadap kehidupan dan kebudayaan di George Town”. Temanya berbeza setiap kala, mencatatkan apa yang berlaku di Pulau Pinang dari perspektif kemanusiaan.

Laman Web
2014

Sarawak Eye

2014

Sarawak Eye

Menyajikan berita terbaru di Sarawak, mengumpul maklumat tentang kebudayaan dan tempatan di Sarawak. Bertekad untuk menjadi wadah pendidikan dengan informasi yang terkaya di Sarawak, lantas menyuntik semangat positif untuk masyarakat.

Laman WebFacebook
2014

Aktiviti “RM20 seorang, Selamatkan Orang Asal”

2014

Aktiviti “RM20 seorang, Selamatkan Orang Asal”

Mulai awal tahun 2014, SAVE Rivers melancarkan kempen “RM20 seorang, Selamatkan Orang Asal”, dengan harapan kesedaran awam dapat dipertingkatkan dengan kutipan derma secara kecil-kecilan. Pada masa yang sama, dana yang dikutip boleh dihulurkan kepada pejuang, sebagai bantuan ekonomi untuk membeli atap zink, penapis air dan memperbaiki tahap kebersihan.

2014

Projek Melaka Gateway (2014-2020)

2014
Projek Melaka Gateway (2014-2020)

Projek Melaka Gateway dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Februari 2014. Projek pembangunan ini adalah sebahagian daripada “Satu Jalur, Satu Laluan (OBOR) China”, dibina oleh PowerChina International Group Ltd, dan dijangka siap pada tahun 2025.

Kerajaan negeri Melaka telah menandatangani perjanjian projek Melaka Gateway dengan KAJ Development Sdn. Bhd pada 4 Oktober 2017, untuk tambakan laut seluas 609 ekar. Projek usahasama ini dijangka siap pada tahun 2020. Bagaimanapun, kerajaan negeri Melaka mengumumkan bahawa projek penambakan laut ini telah ditamatkan.

Peristiwa berkenaan: Perkampungan Portugis Melaka menentang Projek Melaka Gateway

2014

Majlis Peguam mengkritik kerajaan kerana tidak menunaikan janji penempatan semula projek Empangan Murum

2014

Majlis Peguam mengkritik kerajaan kerana tidak menunaikan janji penempatan semula projek Empangan Murum

Dari 20 hingga 22 November, 13 orang kaum Penan dari Murum tampil menyerahkan memorandum di Bukit Aman dan Parlimen di Kuala Lumpur, untuk menyatakan protes terhadap projek mega Empangan Murum.

Maklumat Lanjut
2014

Dapur Jalanan Ipoh

2014
Dapur Jalanan Ipoh

 Dijalankan dengan jayanya untuk kali pertama di Jalan Dato Sagor (belakang Masjid Negeri Perak), pada 10 Ogos 2014. Makanan disediakan untuk rakyat yang miskin, dan diharapkan aktiviti sedemikian mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap komuniti tersebut, lantas jarak antara satu sama lain boleh dirapatkan.

Facebook
2014

LOOK! PORT WELD

2014
LOOK! PORT WELD

Pesta seni komuniti yang dimulakan sejak tahun 2014. Menerokai kebudayaan alam semula jadi, warisan geografi dan kebudayaan sejarah melalui pendidikan komuniti, agar kampung nelayan ini nampak lebih dinamik dan menarik.

Laman Web
2014

Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS)

SEPTEMBER 2014

Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS)

Ditubuhkan oleh aktivis sosial, mendiang Bill Kayong bersama rakannya. PEDAS berprihatin terhadap isu yang melibatkan kaum Dayak, dan bersuara untuk komuniti Dayak.

Facebook
2015

Taib Mahmud: Sarawak pengeksport kayu balak tropika terbesar di dunia

2015

Taib Mahmud: Sarawak pengeksport kayu balak tropika terbesar di dunia

Ketika kunjungan Gabenor Sarawak, Taib Mahmud ke Tamil Nadu, India pada Disember 2014, beliau mendakwa bahawa Sarawak merupakan pengeksport kayu balak tropika terbesar di dunia. Sungguhpun Taib Mahmud memperlekehkan NGO yang menuduh dirinya mengeksploitasi hutan Sarawak, tujuan kunjungan beliau dapat diperlihatkan melalui petanda-petanda dari langkah yang dirancangnya berhubung pembangunan industri Sarawak selepas pulang ke negara. Menurut pendedahan Sarawak Report, kenyataan rasmi berhubung kunjungan Taib Mahmud ke Tamil Nadu, India memperincikan bahawa Taib Mahmud akan menerokai pasaran yang berasaskan kayu balak sebagai bahan mentah.

Artikel
2015

Wakil Pertubuhan Orang Asal Sedunia menyaksikan ulangtahun kedua sekatan jalan Empangan Baram

2015

Wakil Pertubuhan Orang Asal Sedunia menyaksikan ulangtahun kedua sekatan jalan Empangan Baram

Perwakilan dari komuniti orang asal di merata dunia berkumpul di utara Borneo, menyaksikan usaha sekatan jalan untuk menghalang pembinaan Empangan Baram di Sarawak, Malaysia menyambut ulangtahun keduanya. Mereka menuntut agar empangan seumpama itu dibatalkan di seluruh dunia.

Maklumat Lanjut
2015

24 NGO menandatangani petisyen untuk menggesa agar Ketua Menteri Sarawak menghentikan pembinaan Empangan Baram

2015

24 NGO menandatangani petisyen untuk menggesa agar Ketua Menteri Sarawak menghentikan pembinaan Empangan Baram

Menurut petisyen yang ditandatangani 24 NGO, kerajaan Sarawak harus memandang serius tekad orang asal untuk membantah pembinaan Empangan Baram. Kerajaan Sarawak tidak harus mencabul tanah orang asal, sebaliknya harus menjamin tanah hak adat mereka.

Maklumat Lanjut
2015

40 NGO dalam dan luar negara memohon Projek Grid Tenaga Trans Borneo dihentikan

2015
40 NGO dalam dan luar negara memohon Projek Grid Tenaga Trans Borneo dihentikan

Gabungan 40 NGO dari dalam dan luar negara memohon agar Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank, ADB) membatalkan pinjaman berjumlah USD45 juta kepada Sarawak Energy Bhd (SEB), untuk menghalang projek Grid Tenaga Trans Borneo, yang mana salurannya berlanjutan dari Sarawak ke bahagian barat Kalimantan.

Dalam kenyataan yang ditandatangani bersama, gabungan NGO ini menyebut beberapa kes kewangan yang melibatkan SEB. Presiden JOAS (Jaringan Orang Asal SeMalaysia), Thomas Jalong menegaskan bahawa isu rasuah yang melibatkan SEB amat berat, lantas integritinya dipertikaikan. Malah, SEB tidak pernah mendengar suara orang asal dengan serius, sebaliknya menggunakan taktik untuk merampas tanah orang asal demi pembinaan empangan yang menguntungkan dirinya. Justeru itu, gabungan NGO ini memohon agar ADB membatalkan pinjaman kepada SEB.

Keratan Akhbar
2015

Langit

2015

Langit

Membina jambatan untuk menjalinkan ekonomi antara bandar dengan desa. Mempromosi produk pertanian tradisional dan istimewa yang ditanam pekebun kecil di Malaysia Timur ke pasaran yang lebih besar, termasuk Malaysia Barat, untuk menambah pendapatan petani, pada masa yang sama, mempromosi pertanian tanpa kimia yang lebih lestari.

Laman Web
2015

Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/Papar (TAKAD)

2009
Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/Papar (TAKAD)

Penduduk dari 9 buah kampung yang terkesan dengan projek Empangan Kaiduan telah menubuhkan satu taskforce pada September 2009, untuk menghalang pembinaan projek itu dengan sekatan jalan, menyerahkan petisyen dan sebagainya. Selain itu, mereka mengemukakan cara yang lebih berkesan dan mesra alam untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah. Perjuangan TAKAD diteruskan untuk menentang Empangan Papar yang diumumkan pada tahun 2018.

2015

Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)

2015
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA)

Akta ini mencabul hak rakyat untuk dibicarakan secara terbuka di mahkamah.

2015

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem mengumumkan penangguhan projek Empangan Baram

2015

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem mengumumkan penangguhan projek Empangan Baram

 

Disebabkan bantahan daripada kebanyakan penduduk terhadap projek Empangan Baram, Ketua Menteri Sarawak mengumumkan penangguhan projek Empangan Baram; namun beliau menegaskan bahawa penolakan mereka yang membantah adalah satu kesilapan.

Sehubungan itu, Pengerusi SAVE Rivers, Peter Kallang memohon agar Adenan Satem memberi jaminan yang lebih jelas dalam keputusan tidak membina empangan; pada masa yang sama menyeru penduduk tempatan agar tidak terperdaya dengan kenyataan Adenan Satem bahawa “tiada masa depan tanpa pembinaan empangan”.

Keratan Akhbar
2015

Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak (GSPP)

2015
Gabungan Selamatkan Petani dan Penternak Perak (GSPP)

Ratusan petani di Perak diusir kerajaan sejak tahun 2013, kerana tanah tanaman mereka dipohon orang lain untuk ditukar kegunaannya menjadi perumahan dan pembangunan kilang. Pendapatan petani terjejas, lantas mereka menubuhkan GSPP pada tahun 2014. Untuk beberapa kali mereka mengerah petani tempatan untuk memprotes di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan dan Kementerian Pertanian di Putrajaya, merayu agar kerajaan mendengar suara petani. Pada tahun 2015, GSPP memenangi Anugerah Hak Asasi SUARAM.

Artikel
2015

Sekatan Jalan Untuk Menentang Empangan Baram

3 MEI 2015

Sekatan Jalan Untuk Menentang Empangan Baram

Penduduk dari suku kaum yang berlainan mendirikan khemah di sekatan jalan KM15, pedalaman Baram. Kira-kira 40 orang menaiki 6 buah kereta pacuan empat roda untuk mencari pekerja penerokaan dan kediaman mereka sepanjang jalan lama, untuk mengusir mereka. Penduduk tempatan berjaya menghalau pekerja penerokaan dan mengeluarkan jentera berat dari kawasan itu.

2015

Pameran Foto bertemakan “Seruan Orang Asal”

23-25 MEI 2015

Pameran Foto bertemakan “Seruan Orang Asal”

Pertubuhan menentang empangan, Baramkini mengadakan pameran fotografi yang bertemakan “Seruan Orang Asal” di Imperial Mall, Miri, Sarawak. Lebih ramai orang awam mengambil tahu dan memberi perhatian terhadap situasi orang asal yang ditindas lantaran projek empangan melalui album yang dipamerkan.

2015

Gempa Bumi di Sabah

5 JUN 2015
Gempa Bumi di Sabah

Gempa bumi bermagnitud 5.9 skala Richter berlaku di Ranau, Sabah, berakhir dengan 16 orang terbunuh, 7 orang cedera dan 2 orang hilang. Mangsa-mangsanya berasal dari Malaysia, Singapura, China, Filipina dan Jepun. Kerajaan, NGO, korporat swasta dan negara asing berganding bahu dalam usaha penyelamatan. Pada tahun 2016, satu monumen dibina di kaki Gunung Kinabalu, untuk memperingati mangsa yang terkorban. 18 nama mangsa yang terkorban dipahat pada monumen tersebut.

2015

Himpunan BERSIH 4

2015

Himpunan BERSIH 4

Media dalam dan luar negara memberi liputan kepada skandal 1MDB setelah Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan bahawa RM2.6 bilion telah disalurkan dari 1MDB kepada akaun peribadi Najib Razak. Najib mengugut untuk menyaman WSJ kemudiannya, dan mengharamkan Sarawak Report yang menyusuli perkembangan 1MDB dalam laporannya. Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawai tinggi utama yang berbeza pandangan dengan PM dilucutkan jawatan. Tindakan Najib Razak telah menghakis krebiliti institusi kehakiman dan mencalar imej negara. Pada April 2015, kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6%, sebagaimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2014. Inflasi berlaku selepas GST dilaksanakan, lantas menimbulkan ketidakpuasan rakyat.

Sekali lagi BERSIH mengerah masyarakat massa untuk turun ke jalan raya, dengan demonstrasi selama 34 jam di ambang hari kemerdekaan (31 Ogos), dengan tuntutan seperti Tolak Rasuah, Pulihkan Semak-Imbang, Selamatkan Ekonomi Negara dan lain-lain, malah mendesak agar Najib Razak meletakkan jawatan.

Ini himpunan BERSIH pertama yang tidak disuraikan polis dengan gas pemedih mata dan meriam air. Berbeza dengan situasi tiga himpunan sebelumnya, peserta demonstrasi Himpunan BERSIH 4 melebihi 100 ribu orang. Setelah himpunan ini bersurai, muncul perbincangan dan perdebatan dalam masyarakat sivil tentang suasana himpunan yang bersifat “karnival”.

Artikel
2015

“Jamuan Kutipan Derma “”Selamatkan Baram”” (Save Baram Fund Raising Lunch)”

16 NOVEMBER 2015

Jamuan Kutipan Derma “Selamatkan Baram”
(Save Baram Fund Raising Lunch)

Baramkini menganjurkan satu jamuan kutipan derma yang bertemakan “Selamatkan Baram”, dan dana kutipan digunakan untuk pendidikan dan penerangan berhubung usaha menentang empangan.

2016

The Silent Scream of TAPANG TREE

2016

The Silent Scream of TAPANG TREE

 

Portal ini membawa maksud tersirat untuk mempertahankan maruah pokok melalui pengurusan dan pemeliharaan hutan. Mereka berharap agar hutan boleh dikekalkan untuk memainkan peranan sebagai habitat kepada pelbagai spesies, dan memanfaatkan komuniti manusia dengan hasilan dan fungsinya, di bawah perlindungan masyarakat dan undang-undang. Portal ini berprihatin terhadap situasi hutan yang semakin digondolkan, dan mengusulkan penyelesaian untuk isu hak asasi dan penjagaan alam sekitar di wilayah Borneo.

Laman WebFacebook
2016

Tiga penduduk dari Bakun meninggal dijangkiti melioidosis

2016

Tiga penduduk dari Bakun meninggal dijangkiti melioidosis

Maklumat LanjutArtikel
2016

Majlis Peguam dedahkan bahawa Empangan Bengoh dibina tanpa proses rundingan

2016

Majlis Peguam dedahkan bahawa Empangan Bengoh dibina tanpa proses rundingan

Jawatankuasa Hak Orang Asli Majlis Peguam Malaysia telah menjalankan tinjauan di bahagian hulu Bengoh, Sarawak dari 17 hingga 21 September 2015. Empat buah perkampungan Bidayuh, iaitu Kampung Taba Sait, Kampung Pain Bojong, Kampung Rejoi dan Kampung Semban telah dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi di Empangan Bengoh, atau Bengoh Resettlement Scheme (BRS) di Padawan.

Menurut laporan tersebut, kerajaan Sarawak dan syarikat konsesi tidak berunding dan berinteraksi dengan kira-kira 1600 orang penduduk yang terlibat, sebelum pembinaan empangan dimulakan.

Keratan Akhbar
2016

Projek Wanita Penan

14 MAC 2016

Projek Wanita Penan

Projek yang diinisiatif oleh Persatuan Tenun Wanita Miri (MWWA), untuk membantu orang Penan yang miskin di Limbang dan Miri, Sarawak. Projek ini membantu wanita Penan untuk mencari rezeki dengan kraftangan seni tradisional seperti tenunan, agar mereka bebas dari kemiskinan. Di samping itu, MWWA juga menghulurkan bantuan kepada wanita dan kanak-kanak Penan dari aspek perubatan, makanan dan pakaian.

Laman WebFacebook
2016

Pembunuhan aktivis PKR, Bill Kayong

21 JUN 2016
Pembunuhan aktivis PKR, Bill Kayong

Pada jam 9 pagi, aktivis PKR, merangkap pengasas Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Bill Kayong ditembak mati di persimpangan lampu trafik. Bill pernah bertanding di DUN Bekenu atas tiket PKR ketika PRN Sarawak yang berlangsung pada Mei. Bill ialah setiausaha politik kepada ahli parlimen Miri, Michael Teo Yu Keng. Kes pembunuhan ini disyaki berkaitan dengan pertikaian tanah hak adat orang asal.

Keratan Akhbar
2016

Himpunan BERSIH 5

19 NOVEMBER 2016
Himpunan BERSIH 5

Pertikaian skandal 1MDB berlanjutan, BERSIH menyeru agar rakyat berhimpun untuk menyatakan protes.

Pada 18 November 2016, iaitu sehari sebelum himpunan BERSIH 5 diadakan, polis telah menahan pemimpin BERSIH, iaitu Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh. Malah, Maria telah didakwa kemudiannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA ). Menurut polis, langkah ini diambil untuk mencegah huru-hara dan mengelakkan situasi di mana ketenteraman awam tergugat. Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan turut ditahan di Kuala Lumpur; malah beberapa jam sebelum bermulanya himpunan, pihak polis menahan salah seorang pemimpin BERSIH, iaitu Hishamuddin Rais. BERSIH mengecam polis kerana menyalahgunakan kuasa.

Pada 19 November 2016, Himpunan BERSIH 5 berlangsung sebagaimana yang dirancang. Suasana himpunan memuncak apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang telah keluar dari UMNO tampil berucap di tapak yang berdekatan dengan Menara Kembar KLCC. Himpunan bersurai secara aman tanpa penembakan gas pemedih mata dan meriam air. Kira-kira 40 ribu orang peserta menghadiri himpunan tersebut.

 

2016

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (2016 – sekarang)

2016
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (2016 – sekarang)

Kerajaan negeri Pulau Pinang merangka Pelan Induk Pengangkutan pada tahun 2016. Antara tiga projek, iaitu Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR), jalur LRT Bayan Lepas dan Pan Island Link 1 (PIL1). Sungguhpun berdepan dengan bantahan keras daripada masyarakat sivil, kerajaan negeri Pulau Pinang tetap meneruskan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan kedua terbesar di Malaysia ini (selepas projek MRT Kuala Lumpur pada tahun 2010). Antara yang paling kontroversial ialah PSR.

PSR dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019, dan diberi 18 nasihat untuk perancangan. Projek ini bakal memberi kesan yang besar terhadap kehidupan nelayan dan ekosistem lautan di bahagian selatan Pulau Pinang, lantas mencungkil bantahan keras dan protes daripada nelayan dan pertubuhan masyarakat sivil.

Pada tahun 2021, kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasminya menandatangani perjanjian dengan SRS Consortium, syarikat yang dimiliki sahamnya oleh GAMUDA, untuk melaksanakan projek PSR (Pulau A) secara usahasama. Kerja pembangunan Pulau A termasuklah merancang, menyediakan infrastruktur awam dengan bercirikan bandar raya pintar termasuk Lebuhraya Pan Island Link 2A (PIL 2A) serta menjalankan aktiviti pemasaran untuk menarik pelabur daripada industri berteknologi tinggi dan penjualan tanah.

 

Keratan Akhbar
2017

Kerajaan Sarawak mengambil alih sepenuhnya Empangan Bakun

2017

Kerajaan Sarawak mengambil alih sepenuhnya Empangan Bakun

 

Ketua Menteri, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak telah mencapai persetujuan dengan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih kesemua saham Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB). SHSB ialah syarikat yang mengurus dan memiliki Empangan Bakun, berada di bawah Kementerian Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) sebelum ini. Menurut Abang Johari, SHSB diambil alih melalui SEB Power Sdn Bhd yang dimiliki kerajaan Sarawak, dengan RM2.5 bilion.

Kerajaan Sarawak kini memiliki 4 buah empangan, iaitu Empangan Bakun, Empangan Murum, Empangan Batang Ai dan Empangan Baleh yang bakal siap dibina. Menurut Abang Johari, empat buah empangan sudah memadai untuk memenuhi keperluan. Justeru itu, kerajaan tidak berhasrat untuk membina empangan baru, sebaliknya akan menerokai sumber tenaga dengan teknologi baru tanpa memberi kesan terhadap desa dan petempatan yang didiami penghuni.

Artikel
2017

Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak menyiasat pertambahan kos pembinaan Empangan Murum

2017

Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak menyiasat pertambahan kos pembinaan Empangan Murum

Maklumat lanjutKeratan Akhbar
2017

“Logjam” di Sungai Rajang disebabkan sisa balak terapung

2017

“Logjam” di Sungai Rajang disebabkan sisa balak terapung

Maklumat LanjutKeratan Akhbar
2017

Kaum Penan Sarawak mendokumentasikan tanah nenek moyang mereka

2017

Kaum Penan Sarawak mendokumentasikan tanah nenek moyang mereka

63 komuniti Penan bekerjasama untuk mendokumentasikan peta 23 bidang tanah yang diwarisi nenek moyang di Borneo. Usaha ini dijalankan selama 15 tahun, sebelum ia diterbitkan. Pada November 2017, komuniti Penan mengadakan sambutan untuk tiga hari berturut-turut, setelah berjaya menyiapkan pemetaan tanah. Dengan catatan maklumat ini, kaum Penan yakin bahawa mereka mampu mempertahankan tanah hak adat sendiri ketika berdepan dengan tekanan pembalak dan pengusaha industri pertanian.

Artikel
2017

Borneo Komrad

2017

Bengkel Borneo

2017
Bengkel Borneo

Pusat kreativiti yang ditubuhkan pada tahun 2017, untuk merancang projek dan memperkasa kandungan karya kreativiti yang dihasilkan artis di Borneo. Kandungannya termasuklah interaksi dan adunan antara warisan budaya desa dengan kreativiti bandar.

Facebook
2017
2017

Borneo Laboratory

2017

Borneo Laboratory

Maklumat LanjutLaman WebFacebook
2018

Pemerhati Lembah Kinta (Kinta Valley Watch)

2018
Pemerhati Lembah Kinta (Kinta Valley Watch)

Pemerhati Lembah Kinta ditubuhkan oleh sekumpulan penduduk tempatan yang berminat untuk menerokai kemisterian di gunung Lembah Kinta. Mereka menerokai gua yang ada di Lembah Kinta, merakamkan penemuan yang bernilai dalam gua. Pada masa yang sama, mereka melaksanakan kuasa pemantauan sebagai masyarakat sivil, memuat naik apa yang dirakamkan dan dikumpulkan ke laman media sosial untuk menarik perhatian masyarakat awam.

ArtikelFacebook
2018

Perkampungan Portugis Melaka menentang Projek Melaka Gateway

2018

Perkampungan Portugis Melaka menentang Projek Melaka Gateway

 

Perkampungan Portugis Melaka adalah satu-satunya petempatan keturunan portugis di Asia Tenggara, dengan majoriti penghuninya bekerja sebagai nelayan. Ketika Projek Melaka Gateway dimulakan pada tahun 2014, ekosistem laut dan rezeki nelayan terjejas. Pada tahun 2016, penduduk Perkampungan Portugis pernah mengusung keranda ke laut sebagai tanda protes, namun tidak mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

2018

Buku Jalanan Chow Kit

1 JANUARI 2018
Buku Jalanan Chow Kit

Pertubuhan NGO pendidikan komuniti, bertekad untuk menawarkan peluang pendidikan yang sama rata, suasana peremajaan dan pendewasaan yang sihat kepada kanak-kanak yang miskin dan tanpa kerakyatan di komuniti Chow Kit; menyediakan perpustakaan dan ruang permainan yang selamat, agar kualiti pembelajaran dipertingkatkan. Pada masa yang sama, mereka menaruh harapan agar pendidikan merungkaikan masalah kemiskinan di komuniti ini.

Facebook
2018

Pembinaan Empangan Baleh, projek janakuasa hidro ke-4 bermula

2018
Pembinaan Empangan Baleh, projek janakuasa hidro ke-4 bermula

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad, pembinaan empangan keempat di Sarawak, iaitu Empangan Hidroelektrik Baleh telah dimulakan, dan dijangka siap dibina pada tahun 2025.

Keratan Akhbar
2018

Pembinaan Empangan Baleh, projek janakuasa hidro ke-4 bermula

2018
Pembinaan Empangan Baleh, projek janakuasa hidro ke-4 bermula

Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengumumkan pembinaan Empangan Papar di tapak yang tidak jauh dari lokasi Empangan Kaiduan setelah berkuasa. Langkah ini bercanggah dengan posisi WARISAN sebelum ini, yang menampilkan diri sebagai parti yang melindungi alam sekitar dan mempertahankan orang asal. 7 buah kampung dijangka tenggelam ekoran pembinaan Empangan Papar. NGO mengkritik langkah ini sebagai dasar “pusingan-U”.

Artikel
2018

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

9 MEI 2018
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Barisan Nasional kehilangan kuasa sebagai kerajaan persekutuan buat kali pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Mahathir Mohamad telah menang dalam PRU14, dan peralihan kuasa dijalankan secara aman pada hari seterusnya.

Sekali lagi, masyarakat sivil menaruh harapan yang tinggi untuk reformasi, sementara generasi muda terdedah kepada pencerahan politik, dan lebih berani untuk menceburi politik dan gerakan sosial, lantas memacu momentum pendemokrasian.

2019

Borneo Biodiversity Center

2019

Borneo Biodiversity Center

Melindungi kepelbagaian spesies yang semakin terancam melalui pendidikan komuniti dengan pengetahuan tentang hutan tropika.

Facebook
2019

Komuniti Nelayan Tanjung Tokong

2019
Komuniti Nelayan Tanjung Tokong

Komuniti Nelayan Tanjung Tokong mempamerkan maklumat perjuangan nelayan melalui portal. Di samping itu, mereka menyertai gerakan menolak Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR), agar komuniti nelayan tidak hilang rezeki.

FacebookLaman Web
2019

Gerakan Menolak Tambakan Laut di Pulau Pinang

11 JULAI 2019

Gerakan Menolak Tambakan Laut di Pulau Pinang

Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR) telah menjejaskan ekosistem laut dan rezeki nelayan. Mulai tahun 2017, nelayan tempatan mengadakan protes. Pada tahun 2019, beberapa pertubuhan masyarakat sivil berusaha bersungguh-sungguh untuk melancarkan gerakan menolak tambakan laut, menarik perhatian dan penyertaan masyarakat awam dengan himpunan, dokumentari, aktiviti kebudayaan dan sebagainya. Tindakan mereka mendapat sokongan pertubuhan alam sekitar dalam dan luar negeri.

Pada 11 Julai 2019, nelayan Pulau Pinang dan Perak, NGO dan masyarakat massa berkumpul secara aman di luar bangunan parlimen untuk menyerah memorandum kepada Menteri Pertanian, memohon agar projek tambakan laut dihentikan. Pada November 2019, sekali lagi nelayan berdemonstrasi di depan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Padang Polo. Di samping itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengadakan sidang media di pejabatnya, dan menarik perhatian antarabangsa terhadap projek tambakan laut.

FacebookVideo
2020

Big Trip Project

2020

Big Trip Project 

Satu projek penyelidikan selama tiga tahun, membincangkan kebudayaan asli dengan konsep melangkaui dunia. Projek yang ditaja Asian Cultural Council untuk setahun ini cuba mengajak dunia untuk berdialog.

2020

Kuching Old Bazaar

2020

Kuching Old Bazaar

Satu projek yang diinisiatif oleh Chai Yu, pengamal sejarah kebudayaan Sarawak, dengan kerjasama Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching, dan ditaja sebahagian dana oleh kerajaan. Bertujuan untuk mengkaji dan mengemaskini maklumat pasar lama tempatan, dan mempromosi industri pelancongan tempatan.

Laman WebFacebook
2020

Langkah Sheraton

24 FEBRUARI 2020
Langkah Sheraton

Situasi politik tidak stabil sejak kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 pada tahun 2018. Tiada kesepakatan dalam isu peralihan kuasa perdana menteri dalam PH, lantas tersebarnya desas-desus “pembentukan kerajaan pintu belakang”, “langkah mempertahankan Mahathir”, “Undi Tidak Percaya” dan sebagainya, dari masa ke masa.

Pada 24 Februari, Perdana Menteri ketujuh, Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. PH berpecah. Beberapa pemimpin dipecat keanggotaan partinya. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menarik diri dari PH.

Pada 1 Mac, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai PM kelapan setelah memperolehi sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

PH berkecai setelah 22 bulan memerintah. Reformasi politik selepas pertukaran kerajaan pertama kali dalam sejarah Malaysia berakhir dengan kegagalan.

Krisis politik Malaysia masih berlanjutan sekarang.

2020

Caremongering Malaysia — Respon komuniti terhadap Covid-19

17 MAC 2020
Caremongering Malaysia — Respon komuniti terhadap Covid-19

Masyarakat massa telah membangunkan peta komuniti di laman sosial, Facebook, untuk menjalinkan keluarga atau komuniti yang berdepan dengan masalah sara hidup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), agar bantuan boleh dihulurkan.

Facebook
2020

Geonat Association

2020
Geonat Association

Persatuan Pemandu Pelancong Geopark Warisan Asli Perak, mengambil bahagian dalam dan mempromosikan tindakan pemuliharaan warisan semula jadi tempatan.

Facebook
2021

Coronavirus (COVID-19)

2020
Coronavirus (COVID-19)

Pada Januari 2020, kes jangkitan Covid-19 pertama ditemui di Malaysia. Gelombang pertama tercetus pada Februari. Kerajaan mengumumkan lock down untuk menyekat penularan wabak. Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dilaksanakan dari 18 Mac hingga 9 Jun di seluruh negara, untuk menyekat pergerakan orang awam.

2021

Perdana Menteri kelapan, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan setelah kehilangan sokongan majoriti. Ismai Sabri, Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan.

OGOS 2021
Perdana Menteri kelapan, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan setelah kehilangan sokongan majoriti. Ismai Sabri, Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan.
2021

Nelayan Pulau Pinang menang rayuan, Lembaga Rayuan Alam Sekitar mengetepikan EIA PSR

25 JUN 2021

Nelayan Pulau Pinang menang rayuan, Lembaga Rayuan Alam Sekitar mengetepikan EIA PSR

 

Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR) diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 25 Jun 2019. Kemudian, Zakaria Ismail, mewakili 185 orang nelayan tempatan untuk mengemukakan, dan berjaya, lantas EIA yang diperolehi PSR dibatalkan.

Keratan Akhbar