Skip to main content

Himpunan Blackout 505

8 MEI 2013
Himpunan Blackout 505

Keputusan PRU13 mencungkil kontroversi penyelewengan dan manipulasi. Tiga hari selepas hari pengundian, gandingan parti pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat menyatakan protes terhadap SPR kerana ketidakadilan yang berlaku, malah meluahkan ketidakpuasan terhadap kerajaan BN dan mengecam kenyataan berbaur perkauman. Dengan slogan “Suara Rakyat, Suara Keramat”, rakyat dikerah untuk berhimpun dengan pakaian hitam di Stadium Kelana Jaya pada malam 8 Mei, sebagai protes terhadap pilihan raya yang tidak adil. Polis menahan beberapa orang aktivis dan peserta himpunan dengan Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman selepas himpunan itu diadakan. Pakatan Rakyat kemudian menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan siri himpunan yang bertemakan Blackout 505, atau gelombang Hitam.