Skip to main content

Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013

5 MEI 2013

Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei 2013                 

Malaysia mengadakan PRU13 pada 5 Mei 2013. Barisan Nasional menang dengan kerusi majoriti tetapi undi popularnya tidak melebihi 50%. PRU13 menyaksikan persaingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia. Menjelang hari pengundian, keghairahan masyarakat sivil memuncak dengan slogan “Ini kali-lah!”. Pengundi diseru untuk keluar mengundi, agar sejarah Malaysia menyaksikan pertukaran kerajaan persekutuan buat kali pertama. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kadar peratusan mengundi mencatat rekod tertinggi dalam sejarah, iaitu kira-kira 80%.

Keputusan PRU13 mengecewakan rakyat yang menaruh harapan untuk reformasi politik. Untuk satu jangka masa, masyarakat sivil diselubungi suasana kemurungan. Namun, tidak kurang juga generasi muda yang melibatkan diri dalam pembaharuan politik ketika PRU13, mengambil keputusan untuk pulang ke kampung masing-masing, menggerakkan reformasi sosial dengan aktiviti komuniti.

Keratan Akhbar 1Keratan Akhbar 2